CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10747|Reply: 134

EKSKLUSIF: Ogy Ahmad Daud dakwa pernah diugut bunuh, 4 tahun ‘digam’ kerana cinta terhalang

[Copy link]
Post time 10-10-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 10-10-2024 06:10 PM

Kisah cinta terhalang telah memberi kesan yang mendalam terhadap pelakon versatil, Fauziah Ahmad Daud sehingga terpaksa berdepan dengan pelbagai kekangan dan cabaran hidup.

Menerusi podcast Tanah Berdaulat TV, Fauziah atau mesra disapa Ogy, mendedahkan dia pernah disekat sehingga tidak menerima tawaran lakonan selama empat tahun selain turut menerima ugutan bunuh.

Saya digam empat tahun. Saya tidak boleh berlakon sedangkan perkara itu sudah berlalu. Kenapa saya masih digam?

Macam-macam perkara diperlakukan kepada saya. Nak dibunuh, nak ditembak. Orang tak tahu kan cerita sebenar? Tapi sekarang saya ceritakan.
Meskipun terpaksa menelan pahitnya kenyataan, aktres berusia 62 tahun itu harus melepaskan lelaki yang dicintainya selepas hubungan mereka tidak direstui.

Tetapi berkat doa mak ayah. Ketika semua itu berlaku saya masih bersama mereka.

Saya berpegang kepada kata-kata arwah ibu saya, ‘dia itu enggang, kita ini pipit..mereka tak boleh terbang bersama.’

Pada ketika itu ianya sangat menyedihkan, tetapi saya adalah wanita yang akan ‘move on’.

Dia adalah cinta pertama saya. Tetapi ianya melibatkan ramai orang dan ada masa kita perlu menghormati keputusan pihak tersebut. Tak mengapa saya terluka kerana saya tahu bagaimana untuk memulihkan rasa kecewa saya.

Cinta terhalang

Bercerita lanjut, anak kepada seniwati Datin Saadiah tersebut menyifatkan cinta pertamanya itu adalah seorang lelaki yang budiman sehingga berjaya membuka pintu hatinya.

Dia sangat merendah diri, itu yang membuka hati saya.

Saya dilahirkan di dalam keluarga orang seni yang sering dipuji walaupun kadang-kadang kita tahu ianya palsu.

Saya menyukainya bukan kerana siapa dia tetapi dia adalah seorang individu yang merendah diri, menghormati ibu bapa saya dan diri saya sebagai seorang wanita.
Walaupun cinta tidak kesampaian ke jinjang pelamin, namun Ogy tetap mempertahankan maruahnya berbanding perkara lain.

Tetapi sesuatu yang saya bangga tentang diri saya adalah, tiada sesiapa yang boleh ‘membeli’ Fauziah Ahmad Daud.

Saya memang orang yang berprinsip, saya berpegang teguh kepada prinsip saya. Maruah saya tak boleh dibeli.

Sekadar info, Ogy pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor Eman Manan pada tahun 1990 namun berpisah selepas 13 tahun melayari bantera perkahwinan.

Ogy dan Eman bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: TikTok Tanah Berdaulat TV

https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2024/10/09/ogy-dedah-dapat-ugutan-bunuh-digam-empat-tahun-gara-gara-cinta-tidak-direstui

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2024 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2024 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tahu je criter ni tp takut plak semakfon ku berangkat ke balai polis nnt
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Jeng jeng jeng....cinta terhalang.

Go ogy go
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bauksit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dgn yg mana eh..bkn laki jemi kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasat sampai nak kena tembak
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 06:22 PM | Show all posts

Generasi dulu memang dah tau cerita Suara Kekasih tu kisah benar dia.

Teringat lagi tengok gambar dia dalam sokabar/majalah holiday di Europe...kurus kering bawak diri sebab frust dengan bauksit tu.  Kesian oooo.
Dalam podcast ni pun dia ada cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada hikmahnya kak ogy...tgkla hidup bini ke2 tu pun sampai sekarang x boleh org tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni masa muda cantik betul kan. Kak kiah suka tgk dia dalam citer Ali Setan...cantik original tak payah mekap tebal2
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa perasaan dia yaaa selama ni?
Cinta pertama ni ahhh akit angat tauu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 06:37 PM | Show all posts
Kiahlemau replied at 10-10-2024 06:30 PM
Dia ni masa muda cantik betul kan. Kak kiah suka tgk dia dalam citer Ali Setan...cantik original tak ...



Betul.
Iras Maya Karin/Saida.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Rela menanti

Walau berdarah walaupun parah

Agittew Akak Ogy punya perchentaan terhalang
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tuduh acik mee lettew.aku x peduli aku team acik me dlm isu inehhh.over naw nak trobek2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 06:50 PM | Show all posts
Cantik kak ogy masa zaman muda2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi pandangan i Ogy nak kata cantik zaman muda, tapi pada i biasa2 jer. I tak pernah minat dia. Kasihan cinta terhalang dan di gam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiahlemau replied at 10-10-2024 06:30 PM
Dia ni masa muda cantik betul kan. Kak kiah suka tgk dia dalam citer Ali Setan...cantik original tak ...

Betul kak kiah..memang cantik aunty ogy ni..teringat dulu masa dia baru kahwin dgn eman manan. Masa tu I sekolah rendah..macam terkesima tengok dia depan²..kulit putih merah mulus..slim..ramah tak sombong..

Dejavu pulak tengok nama kak kiah..teringat kak kiah ronggeng dr planet pluto..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols rs iols tahu sapa. Arwah kaka sepit ada cite dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.314973 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list