CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akido_kido

[Tempatan] semua pakat angkat bendera negara China apa makna ni ? Mana patriotisme anda ?

[Copy link]
Post time 12-10-2024 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Neraka Bulan replied at 11-10-2024 09:58 PM
Jikalau masyarakat Melayu di sini tanpa segan silu mengibarkan bendera Palestin, jadi bagi aku tiada ...

Kannnn
Tak pnh2 pun kibar bendera Malaysia
Baik di keta, halaman rumah

Choiiii sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2024 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Neraka Bulan replied at 11-10-2024 10:51 PM

Halal bg ku haram bg mu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 11-10-2024 11:07 PM
Nak bandingkan dengan palestin pulak dah

Itu tanda solidariti.. palestin jadi mangsa kekejaman

Banyak je negeri2 mangsa kekejaman, tak dak pulak nak suh budak2 sekolah berdoa qunut nazilah dgn kibar bendera negera tersebut.  Selective Solidariti.  Hujung2 mengamuk pecahkan barang2 org demand mcm2 bila bawak sini.  Adan uker.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukti orang2 Malaysia ni bukan semua cerdik. Baik yang membuat mau pun yang melihat.

Bukan insiden ini sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak seperti sekolah ekspatriat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 11-10-2024 09:21 PM
YB Fadhlina mana...??

Menteri dah jawab pasal lawatan tu cukup lah. Tak kan sampai gambar pun dia kena jawab lagi. Tanya guru besar pula la benda dah viral kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Neraka Bulan replied at 11-10-2024 10:51 PM


Siap pegang senapang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Di bawah Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 (Akta 193), Seksyen 3 memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan termasuk bendera negara asing di tempat awam atau sekolah.  Repot polis jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2024 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Last year iols pergi Trengganu, bendera Palestin sebesarnya. .Apo
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia darul China
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 11-10-2024 11:07 PM
Nak bandingkan dengan palestin pulak dah

Itu tanda solidariti.. palestin jadi mangsa kekejaman

mangsa komunis
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
namr replied at 12-10-2024 01:41 PM
mangsa komunis

Acik2 ingat negara china kena buli dengan taiwan kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 12-10-2024 08:36 AM
Kannnn
Tak pnh2 pun kibar bendera Malaysia
Baik di keta, halaman rumah

Tengok nama sekolah pun dh tahu xde bahasa melayu. Xde ciri2 patriotisme.....sama gak peel dgn muntri dia yg nk saman pdrm sbb turunkan gmbr mao tze tong
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
bahana akmal 'bersekongkol' ngn teresa....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tggu komen wak jahit plk.....ntah hapa dia nk klentong pasni
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau dah nk kibar bendera china kenapa x pindah je sana? Xphm aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2024 09:50 PM | Show all posts

pergi China tukar darah baru.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 11:25 PM | Show all posts
Firenzza replied at 12-10-2024 05:23 PM
Tengok nama sekolah pun dh tahu xde bahasa melayu. Xde ciri2 patriotisme.....sama gak peel dgn mun ...

dah keluar news kan bebudak tu international student memang warga China pun. Penyebar gambar ni pun dah tau siapa katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke statement menteri tu yg students tu cuma pelawat dari negara China je? Tuh yg pakai pinafore uniform Malaysia pun pegang bendera jugak. Yg tu students baru dpt ic malaysia ke

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenyataan media YB Wong Hon Wai, EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang pada 12-10-2024

1. Kenyataan pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional berkenaan lawatan 2 kapal latihan dari China yang melabuh di Pelabuhan Pulau Pinang adalah saling berkontrakdisi memandangkan Pengerusi Kebangsaan Parti Gerakan, Dato Dominic Lau sendiri juga hadir pada majlis sambutan atas kapal tersebut.



2. Kunjungan silaturahim 2 kapal latihan dari China bersama pelajar dari Naval University of China ke Pelabuhan Pulau Pinang adalah mengikut saluran rasmi. Resident Naval Officer TLDM di Pulau Pinang turut hadir dalam kunjungan atas kapal pelatih tersebut bersama pemimpin dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai tetamu.



3. Dua kapal pelatih tersebut melabuh 3 hari dan telah beredar menuju ke Chittagong, Bangladesh.



4. Kunjungan pelatih-pelatih dari Naval University of China ke Sekolah Menengah Chung Ling Persendirian adalah atas hubungan pelajar ke pelajar di mana aktiviti bersukan dan kebudayaan dilangsungkan. Kunjungan tersebut diuruskan oleh Pejabat Consulate General China di Pulau Pinang.



5. Sekolah Menengah Chung Ling Persendirian mempunyai melebihi 1900 pelajar. Selain pelajar-pelajar Malaysia, seperti sekolah swasta lain juga mempunyai pelajar-pelajar dari Indonesia, Thailand, China dan negara-negara lain.




6. Saya diberitahu oleh Guru Besar sekolah tersebut bahawa terdapat melebihi 30 pelajar dari negara China. Pelajar-pelajar tersebut  telah mengibarkan bendera negara mereka semasa sambutan dan pelajar-pelajar tempatan mengibarkan bendera Malaysia dan Negeri Pulau Pinang.



7. Gambar yang disebar luas di media sosial hanya menunjukan pelajar berasal dari negara China mengibarkan bendera China dan sebenarnya terdapat gambar-gambar lain pelajar tempatan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Pulau Pinang



8. Kapal-kapal Tentera Laut negara asing lain juga pernah berlabuh di Pelabuhan di Malaysia atas saluran rasmi dan mengikut protokol.




9.  Sebagai misalan, pada 25-2-2019 dilaporkan di https://www.c7f.navy.mil/Media/News/Display/Article/1767089/sailors-marines-visit-sekolah-menengah-kebangsaan-high-school/



bahawa melebihi 20 anggota Marin Tentera Amerika Syarikat telah melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam di Kota Kinabalu, Sabah.  Mereka ialah dari USS Ashland (LSD 48) dan 31st Marine Expeditionary Unit (MEU) telah memasuki sekolah tersebut dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar sekolah tersebut dengan aktiviti-aktiviti.





10. Salah sebuah kapal latihan China yang berkunjung ke Pulau Pinang, iaitu Kapal Latihan JinggangShan 999, pernah memainkan peranan penting dalam misi pencarian pesawat MH370 pada tahun 2014. Kapal ini telah bertolak dari pelabuhan Zhanjiang pada jam 3 pagi, 9 Mac 2014, menuju ke kawasan pencarian. Sepanjang 62 hari operasi pencarian, Kapal JinggangShan 999 telah menjelajah kawasan yang luas termasuk Teluk Thailand, Sumatera, dan kawasan barat daya serta barat laut Australia, dengan jarak pelayaran melebihi 31,000 kilometer.



11. Hubungan Malaysia dan China adalah baik dan pemimpin utama telah melawat antara satu sama lain.  Oleh itu lawatan silaturahim kapal pelatih bersama pelajar-pelajar Naval University of China hendaklah dilihat dari sudut positif.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.144164 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list