View: 39714|Reply: 4
|
[Tempatan]
Acheh tersenyum. Penjaja & Peniaga pasar malam 1 jan 2025wajib Perkeso
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Langkah mewajibkan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja, menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
PERKESO dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan rekod bagi tempoh 2024 hingga 31 Ogos lepas, sebanyak 53,901 individu dalam sektor penjaja mencarum SKSPS dengan 189 kes tuntutan diterima dan diproses melibatkan pembayaran faedah keseluruhan sektor terbabit berjumlah RM681,174.90.
Menurut PERKESO, langkah mandatori itu dilaksanakan menerusi Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Kadar Caruman Bagi Penjaja Atau Peniaga) 2024 yang diwartakan pada 30 Ogos 2024 melalui P.U. (A) 229 dan berkuat kuasa pada 1 Sept 2024.
"SKSPS yang dikuatkuasakan sejak Jun 2017 berupaya menjadi jaminan kewangan dan kelangsungan kehidupan dengan menyediakan perlindungan keselamatan sosial dalam jangka panjang.
"Semua penjaja dan peniaga termasuk kios yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri dikehendaki mencarum SKSPS, dengan tempoh peralihan diperuntukkan selama empat bulan," menurut kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu menjelaskan individu yang mempunyai lesen atau kelulusan bagi aktiviti berhubung menjaja atau berniaga sama ada di tepi jalan mahupun pasar yang dikeluarkan pihak berkuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Sabah No. 11 1991) atau Ordinan Kerajaan Tempatan 1996 (Sarawak Bab. 20) diwajibkan membayar caruman SKSPS PERKESO.
Sektor penjaja ialah yang ketiga dijadikan mandatori untuk caruman SKSPS, selepas sektor perkhidmatan pengangkutan penumpang bermula 2017 serta sektor perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan pada 2022.
Dalam pada itu, PERKESO akan terus bekerjasama dengan semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara sepanjang tempoh peralihan bagi meningkatkan kesedaran kepada peniaga serta penjaja, memandangkan mereka ialah sebahagian daripada pemacu ekonomi.
Penjaja atau peniaga boleh mendaftar dan mencarum SKSPS menerusi aplikasi "Prihatin" atau hadir ke pejabat PERKESO di seluruh Malaysia, atau layari portal MATRIX PERKESO melalui pautan www.matrix.perkeso.gov.my, atau ejen Perkeso yang sah menerusi https://www.perkeso.gov.my/ejen- ... rjaan-sendiri.html.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"tada apa la...kita asing worang meniaga tada lesen...tada tangkap pun"-bangla |
|
|
|
|
|
|
|
Muda ye muka anwar time nie |
|
|
|
|
|
|
|
Patut wajibkan semua bidang perkerjaan terutamanya yg kerja sendiri utk mencarum perkeso
Murah je premium bulanan dia
Banyak manfaat sekiranya terjadi perkara yg tak diingini bukan setakat kemalangan ditempat kerja atau dlm perjalanan to-fro tempat kerja je
Utk masalah kesihatan yg sebabkan jadi hilang upaya sementara pun ada pusat rehabilitasi dia
Tok din meranum yg kaya raya tu pun guna benefit perkeso utk physio masa dia kena stroke dulu. berkampunglah dia kat asrama rehab ctr kat melaka tu dulu
Dan ada jumpa sorang acik ni dia ada masalah tulang, then lepas dia operate utk betulkan jadi wheelchair bound, dia buat physio susulan kat rehab ctr sama
Walhal dia kata dia mencarum masa kerja 6 bulan je ujung tahun 80an dulu masa dia anak dara
Then lepas kawen dia dah tak pernah kerja & tak mencarum tapi still layak utk guna fasiliti tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|