CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13119|Reply: 7

[Jenayah] Bukan acik forum, Rosyam tetap saman

[Copy link]
Post time 14-10-2024 08:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 14-10-2024 12:37 PM

Kuala Lumpur: Walaupun ada individu sudah menghubunginya untuk memohon maaf, namun pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Rosyam Nor, 57, tetap meneruskan tindakan undang-undang kepada pihak yang dikesan mengaitkan namanya dengan kisah rumah tangga pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura.

Baru-baru ini, nama Rosyam menjadi perhatian netizen apabila dirinya terkait dengan pelbagai kenyataan disifatkan berunsur fitnah dan tidak benar yang dikongsikan pengguna media sosial.

"Esok, saya bersama peguam akan berjumpa dengan pegawai penyiasat untuk meneruskan siasatan dan mengenal pasti setiap akaun media sosial yang menyebarkan fitnah terhadap saya itu (berhubung dakwaan kenyataan berhubung perceraian Fattah dan Fazura).

"Bila berlaku kisah rumah tangga antara Fattah dan Fazura, saya anggap mereka macam adik sendiri. Saya tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan pun mengenai mereka. Cuma, apabila ada tangan nakal yang membabitkan saya dalam isu itu, ia adalah fitnah.

"Saya mulanya tak mahu ambil peduli pun, tapi bila semua cakap kenapa saya hendak masuk campur dan merebak hingga jadi teruk, saya fikir perlu ambil tindakan undang-undang juga kerana ia menjatuhkan reputasi saya yang tak pernah keluarkan sebarang kenyataan pun," katanya.

Terdahulu, Rosyam ditemui di sidang media program, Famili Duo musim keempat (FD4) terbitan TV3 yang memberi tanggungjawab kepadanya sebagai juri bersama penyanyi, Mas Idayu, di sini, hari ini.

"Penyebaran fitnah yang berlaku kepada saya ini amat menjejaskan nama baik saya sebagai ahli perniagaan dan selebriti, termasuk ia juga terkena kepada ahli keluarga serta memberi kesan terhadap kerjasama dengan beberapa agensi.

"Apapun, saya akan memberi kerjasama penuh dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis untuk menyiasat perkara ini hingga selesai. Saya memang marah dengan fitnah yang disebarkan ini.

"Mereka (pemilik akaun media sosial) perlu ingat yang saya ini ada keluarga, besan, menantu, cucu serta rakan perniagaan yang nama baik mereka perlu dijaga juga. Apatah lagi, semua kenyataan yang dikaitkan kepada saya itu fitnah besar, benda tak betul," katanya.

Rosyam berkata, nama, kredibiliti dan jenama yang dia bekerjasama memang terjejas kerana kadang-kadang memang ada segelintir orang mudah percaya dengan apa saja yang keluar di media sosial.

Harian Metro















This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2024 12:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 08:46 AM | Show all posts
kalo acik porem pun.. apa salahnya

udah siang malam pagi petang  berkuntum kat bod retis berserai berai

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dek rosyam ni lama2 akak tengok handsome jua yach sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 09:04 AM | Show all posts
ada ka yg nk di saman tu, ke cakap ja sbb nk cover diri
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 09:11 AM | Show all posts
Teruskan saman nak tgk juga rupa si penyebar petinah itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2024 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tertinggal keretapi..si pemfitnah tu tulis apa pasal rosyam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada salinan report polis tu? Mesti tulis kat situ sumber cerita. Entah2 bod gossip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.043450 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list