View: 15503|Reply: 32
|
[Tempatan]
Belanjawan 2025 yang dinanti rakyat
[Copy link]
|
|
Belanjawan 2025 yang dinanti rakyat
https://www.sinarharian.com.my/a ... yang-dinanti-rakyat
15 Oktober 2024 09:00am
Kementerian Kewangan menggariskan tiga keutamaan jangka pendek di bawah Belanjawan 2025 bagi merealisasikan kerangka Ekonomi Madani.
Pada Jumaat ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2025 yang bertemakan Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera.
Pembentangan ini merupakan belanjawan ketiga yang digarap Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.
Ramai berharap belanjawan kali ini mampu untuk memberikan bantuan dan kelegaan terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Antara permintaan yang sering diutarakan adalah supaya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dapat dinaikkan lagi bagi tahun hadapan.
Untuk rekod nilai tinggi bantuan STR 2024 mencecah sehingga RM2,500 bagi isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai lebih lima anak.
Selain itu, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar berjumlah RM1,200 juga diharap dapat ditambah dalam pembentangan belanjawan kali ini.Bantuan Awal persekolahan sebanyak RM150 untuk setiap pelajar juga diharap dapat ditambah kerana kos persiapan persekolahan bagi seorang anak dijangka bertambah setiap tahun.
Perlepasan cukai juga diharap diperluas lagi kerana telah memberi kelegaan terutama kepada golongan M40 yang sebelum ini memberi lepasan cukai bagi penjagaan gigi, pemeriksaan perubatan ibu bapa, peralatan sukan dan kursus kemajuan kendiri.Selain itu, pinjaman dan jaminan pembiayaan juga perlu diperluas terutama dalam memastikan golongan usahawan muda dapat sokongan untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Antara perkara besar diumumkan pada Belanjawan 2024 adalah kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus.
Timbul persoalan bagi Belanjawan 2025 adakah kerajaan sekali lagi mengumumkan sesuatu yang besar dalam aspek percukaian.
Selain isu cukai, pemansuhan subsidi diesel juga dijangka akan mencuri tumpuan, sama ada kerajaan akan membuat pemansuhan secara sepenuhnya yang meliputi Sabah dan Sarawak.
Kerajaan perlu mengimbangi setiap kesan daripada perkara besar yang diumumkan terutama kepada golongan pertengahan yang kurang mendapat bantuan seperti golongan miskin.
Walau apapun pengumuman yang akan dibentang Perdana Menteri petang hari Jumaat nanti, semua pihak berharap tiada golongan yang tercicir dalam Belanjawan 2025 kali ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
amboiii
awai awai dah buka benang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by xy_daen at 18-10-2024 06:22 PM
Get ready cukai tambahan.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa lah pekerja swasta nak jeles ngan pekerja gomen (tengok kat TV sat tadi)
dapat BONUS pun rm500 jer
tahun lepas jer dapat rm2000 kot |
|
|
|
|
|
|
|
RM2.6 B akan diperuntukkan untuk kakitangan awam... |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 18-10-2024 03:04 PM
apa lah pekerja swasta nak jeles ngan pekerja gomen (tengok kat TV sat tadi)
dapat BONUS pun rm500 j ...
Alah desak desak sikit, ugut2 sikit boleh dapat rm20k pulak |
|
|
|
|
|
|
|
tolong la ada sedikit bantuan utk M40 yg single..selalu kena anak tirikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
pmx bila cakap billion billion tu best jadi biliyun.-biliyun
|
|
|
|
|
|
|
|
Rindu ucapan BM secara bahasa baku ketika PM jadi Menteri Pendidikan dulu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Babi apa naik lagi cukai 2%
|
|
|
|
|
|
|
|
... dalam mimpi pun tak mungkin wakkk
|
|
|
|
|
|
|
|
yg atas dividen tu ke?
katanya tak masuk div ASB KWSP dan beberapa lagi kan ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Gilos
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau adik2 takde rm100k kat asb/kwsp jangan la risau |
|
|
|
|
|
|
|
cukai 2% tu atas dividen .. bukan simpanan / pelaburantapi div pnb kwsp dan apa lagi entah .. tak dikenakan cukai 2% tu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
gaji minimum naik ke rm1700 chuols.. mula tahun depan. bersedia semua harga barang akan naik |
|
|
|
|
|
|
|
cukai ni bukan utk kwsp/asb semua tu kan.. utk pelaburan lain kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa sendu je thread ni. Baru nk baca info2 yg menarik. |
|
|
|
|
|
|
|
black_handbag replied at 18-10-2024 07:00 PM
cukai ni bukan utk kwsp/asb semua tu kan.. utk pelaburan lain kot
ayat nya "Considerations will be given to exclude" . harap² x kena la. tak dapat cari income luar , income rakyat diperah nya. |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 18-10-2024 05:44 PM
yg atas dividen tu ke?
katanya tak masuk div ASB KWSP dan beberapa lagi kan ?
Yes tak termasuk.. mujur lah |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|