CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 37763|Reply: 79

[Tempatan] Kurang dua jam tular, MARA panggil pelajar cemerlang duduki ujian khas MRSM eso ...

[Copy link]
Post time 15-10-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 15-10-2024 07:04 PM

Oleh Nor Amalina Alias
Oktober 15, 2024 @ 5:55pm
[email protected]






BACHOK: Kisah sedih pelajar cemerlang, Nur Nasuha Nusi, 12, untuk menduduki peperiksaan khas Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mendapat perhatian Majlis Amanah Rakyat (MARA) kurang dua jam dipaparkan di media hari ini.

Kisah pelajar itu mendapat reaksi segera Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memuat naik berita pelajar berkenaan di Facebooknya, sebentar tadi.



Asyraf Wajdi berkata, pihaknya sudah meminta MRSM Kuala Krai berhubung dengan ibu bapa pelajar itu dan menguruskan pengangkutan untuk Nur Nasuha menduduki ujian Kecenderungan MRSM (UKKM).


Katanya, dia sering menyebut berulang kali jangan jadikan kemiskinan ataupun kekangan kewangan sebagai penghalang untuk menyambung pengajian.


"MARA akan cuba sedaya upaya untuk membantu supaya tiada pelajar cemerlang yang tercicir. Maklumkan terus kepada saya jika ada kes-kes sebegini," tulisnya.

Asyraf Wajdi berkata, Bahagian Pendidikan Menengah MARA akan memberi tarikh baharu UKKM kepada calon yang memohon penukaran tarikh ujian atas pelbagai sebab yang akan dimaklumkan pada 23 Oktober ini.

Sementara itu, bapa Nur Nasuha, Mohd Nusi Mamat, 38, berterima kasih atas maklum balas segera Asyraf dan pihak MARA berhubung kisah anak keduanya itu.

"Saya sudah dihubungi guru daripada MRSM Kuala Krai petang tadi untuk mengambil anak menduduki ujian UKKM, esok.


"Selain tercapai tercapai hasrat menduduki ujian untuk ke MRSM, keluarga saya turut menerima kunjungan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan.

"Anak (Nasuha) sangat gembira dengan berita ini dan nampak tak sabar mahu menduduki ujian esok, saya berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan keadaan kami," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, kisah Nur Nasuha dari Kampung Lubuk Nibong,Pak Badol yang sedih kerana tercicir menduduki ujian UKKM ke MRSM kerana kemiskinan keluarga selepas bapanya, Nusi disahkan menghidap penyakit gastrik kronik sejak dua tahun lalu.

Keadaan kesihatan bapanya menyebabkan dia dan empat adik-beradik serta ibu, Nurul Izzati Nor, 31, yang sarat mengandung tujuh bulan hidup dalam keadaan daif dengan hanya mempunyai satu motosikal serta sering terputus bekalan makanan.









This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 07:07 PM | Show all posts
terima kasih MARA

semoga Nur Nasuha terus sukses
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
jauh2 tmpt exam wor srs tk paham mara tknak buat kt mana2 pusat or sek yg dekat
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ank aku lom dpt lg kawn2 dia kt melaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts

Mudah2an lulus ujian ye. InsyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam pada si ayah sakit gastrik kronik sejak 2 tahun lalu..si ibu sedang hamil 7 bulan..anak ke lima..esok adik ni diterima masuk MRSM hah jenoh jugak nak siap itu ini..fulus mau kencang..kena la mintak bantuan lagi supaya anak tidak keciciran..lol..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk komen seperkara ja.
Dlm keadaan sakit kronik, hidup daif still dok tambah anak yach.
Adik yg p exam ukkm ni kalau dpt masuk mrsm sampai t5 la bapaknya harap org tolong mudahkn serba serbi urusan sekolah ank tu. Ank² lain lg. Haih.
Dek (sbb aku tua bganda²) .. Jgn tambah ank dh ya kalo mkn pn slalu xcukop. Ank tu amanah, tggungjwb & tanggungan kita. Sian kt budak lahir² hidup mengais.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga lulus & dapat masuk belajar mrsm & jadi pelajar cemerlang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
zaman skrg nak kena viral baru dpt peluang

udah2 la tu membiak
tumpukan pada yg ada ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 09:20 PM | Show all posts
Semoga dipermudah segala urusan adik ya
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam propah ja...

Takkan cikgu2 tak tolong lansung nak sit for the exam kalau cemerlang? Kau tak daftar ka masa bukak iklan dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan adik ni..
tp nk pesan jgk blh stop tambah anknye abg kakak...bsrkn yg mana ada je...byk nk pakai duit jaman skrg..
i bela kucen sekor pun byk blnja
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Beranak selagi boleh ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat exam utk ukkm ni jauh2 belaka.
Mcm di selangor, plg dekat di kuala kubu baru.
Anak iols dpt tmpt exam di bentong.
Dulu si abang di felda trolak.
Bertabah je la jd warga selangor/kl..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ada tu pun smpi tak cukup makan...sibuk lagi dok tambah anak laki bini ni pun...tak kesian ke kat anak yg lahir makan pakai serba kekurangan...tak paham la manusia mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dkt MRSM je ada budak2 pandai. Kt sekolah lain tak ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 15-10-2024 10:59 PM
Tempat exam utk ukkm ni jauh2 belaka.
Mcm di selangor, plg dekat di kuala kubu baru.
Anak iols dpt t ...

Jauhnya sis...anak iols minggu lepas kat kkb.. tu pun iols ghasa dah jauh...tolak pepagi meredah jem
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 pandai patut ditolong mujurlah zaman tenet senang viral, kalau zaman dulu2 org kg2 susah nak keluar dari kemiskinan dgn miskin duit miskin cita2 x nampak halatuju xde penasihat yg bersekolah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
slalu klate ni kalo miskin bkn org asal situ...dr siam slalunye...org klate asal walau nmpak miskin,tp x miskin..tanah berekar2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by newyork at 16-10-2024 07:15 AM

Ehhh salah baca dan komen.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.362950 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list