CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10304|Reply: 0

[Sabah] Penduduk Kg. Bambangan kecewa isu banjir tidak diatasi

[Copy link]
Post time 16-10-2024 10:18 AM | Show all posts |Read mode


BINCANG: Chin dan Yong ketika berbincang mengenai kejadian banjir yang sering berlaku di Kg Bambangan.

KOTA KINABALU: Penduduk di Kampung Bambangan Inanam sering dibelenggu oleh kejadian banjir pada setiap kali hujan berlaku sehingga menyebabkan kerosakan harta benda.

Ketua Biro Aduam Awam Parti Liberal Demokratik (LDP), Chin Vun Pheaw berkata, kejadian itu sudah terjadi sejak beberapa dekad lalu dan masalah itu telah menjejaskan 12 Ketua Isi Keluarga dengan sejumlah 70 orang penduduk kampung keseluruhan.

"Penduduk kampung sentiasa hidup dalam keadaan rasa bimbang disebabkan banjir di kawasan ini.

"Selama 20 tahun, penduduk kampung sering terjejas akibat banjir besar," katanya.

Beliau berkata, banjir boleh mencapai ketinggian dua meter dan merosakkan bukan sahaja kemudahan asas di kampung itu tetapi juga peralatan elektrik dan harta benda bernilai semua penduduk kampung.

Chin berkata, selepas melawat kampung itu dan menerima maklum balas daripada seorang penduduk (Yong Hon Fah), isu banjir di kampung itu tidak pernah diambil perhatian.

Oleh itu, beliau menyeru kepada pihak berwajib untuk melihat isu berkenaan dan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) perlu mengemukakan idea terbaik mewujudkan pelan mitigasi banjir bagi melindungi nyawa dan harta benda penduduk kampung berkenaan.

Beliau berharap kerajaan akan mengambil isu banjir di Sabah secara serius.

"Rakyat faham bahawa isu banjir tidak dapat diselesaikan seratus-peratus, tetapi sekurang-kurangnya lakukan langkah-langkah bagi mengurangkan kejadian banjir seperti wujudkan sistem saliran yang lebih baik.

"Rakyat sudah serik dengan kejadian banjir yang berlaku...walaupun hujan lebat hanya berlaku selama setengah jam, banjir sudah pasti berlaku," katanya.

Beliau berkata, rakyat kecewa kerana mereka terpaksa berulang kali menghadapi kesan banjir yang menjejaskan infrastruktur asas dan aktiviti ekonomi mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049698 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list