CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10301|Reply: 0

[Sabah] Sabah catat 7,448 penempatan pekerjaan

[Copy link]
Post time 16-10-2024 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-10-2024 02:25 AM



RASMI: Hajiji melakukan gimik perasmian Karnival Kerjaya Mega Madani MYFutureJobs Negeri Sabah 2024 di SICC di sini.



CEMERLANG: Hajiji menyampaikan anugerah Majikan Prihatin Negeri Sabah pada program ini.

KOTA KINABALU: Kejayaan Sabah mencatatkan sebanyak 7,448 penempatan pekerjaan setakat 27 September tahun ini adalah satu angka yang amat membanggakan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, penempatan pekerjaan itu adalah usaha kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan pelbagai agensi untuk meningkatkan kebolehpasaran rakyat Sabah.

Beliau berkata, masih banyak cabaran yang perlu diatasi, termasuk meningkatkan kualiti latihan dan memastikan kemahiran yang diberikan selaras dengan keperluan industri.

“Saya menggesa kolaborasi strategik diteruskan antara kerajaan, institusi pendidikan dan sektor swasta untuk memperluas peluang pekerjaan serta menyediakan lebih banyak latihan yang relevan kepada rakyat negeri ini”, katanya ketika merasmikan Karnival Kerjaya Mega Madani Myfuturejobs PERKESO Negeri Sabah Tahun 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Sabtu.

Beliau mahu kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta untuk sama-sama menggembleng tenaga dalam mengurangkan pengangguran dan memastikan setiap individu mendapat peluang pekerjaan yang setara, setimpal dengan kemahiran serta bakat mereka.

Katanya, usaha ini penting untuk memperkukuh ekonomi negara, meningkatkan taraf hidup rakyat, mengurangkan kemiskinan dan memastikan kesejahteraan sosial
terjamin.

Menurutnya, Sabah Jobs Portal (SJP) dibawah kendalian Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Portal MYFutureJobs (MFJ) yang diperkenalkan oleh
PERKESO akan digabungkan bagi memastikan ia mampu menyediakan perkhidmatan pencarian pekerjaan yang lebih efisien kepada rakyat Sabah.

“Saya berharap sistem MYFutureJobs dan Sabah Job Portal ini dapat direalisasikan secepat mungkin demi kebaikan rakyat Sabah. Integrasi ini akan memudahkan pencari

kerja mendapatkan maklumat terkini dan membantu majikan mencari bakat yang sesuai.

“Dengan platform ini, diharapkan kadar pengangguran dapat dikurangkan dan meningkatkan kebolehpasaran rakyat Sabah”, katanya.

Hajiji berkata, kerajaan negeri kini berada di landasan tepat menerusi pelan Human Capital Development Blue Print for Sabah (2021-2035) untuk memastikan ilmu
kemahiran dan kepakaran belia serta modal insan, sentiasa kekal relevan disamping menjadi garis panduan bagi program pembangunan modal insan secara holistik di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus melaksanakan program kebolehpasaran dan latihan kemahiran termasuk TVET yang relevan dengan keperluan industri semasa serta menambah baik kemudahan dan alat bantuan latihan di institut latihan di bawah agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Katanya, pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) kini mula menunjukkan hasil yang positif, dengan pertumbuhan ekonomi semakin meningkat dan kesejahteraan rakyat semakin baik.

“Sebagai langkah strategik ke depan, kerajaan negeri menyokong penuh cadangan penubuhan Pusat Rehabilitasi PERKESO bertaraf antarabangsa pertama di Borneo
agar dapat dilaksanakan dengan segera”, katanya.

Hajiji juga mahu Karnival Kerjaya anjuran PERKESO diperluaskan ke bandar-bandar lain dan pekan-pekan kecil kerana ia memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini.

“Penganjuran karnival sebegini juga mampu mewujudkan satu ekosistem pasaran buruh yang efisien dan memberi peluang terbaik kepada anak-anak pencari kerja di Sabah”, katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.074732 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list