CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16037|Reply: 0

[Sarawak] Kuching mulakan inisiatif jadi bandar raya mesra usia

[Copy link]
Post time 16-10-2024 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Inisiatif itu diambil susulan penerimaan MBKS sebagai ahli rangkaian Bandar dan Komuniti Mesra Usia WHO



Wee (dua kanan) menerima sijil keahlian AFCC WHO daripada Dr Rabindra sambil disaksikan Dr Sim (tengah), Zaiedi (tiga kiri) dan serta tetamu kehormat lain. - Gambar Mohd Faisal Ahmad

KUCHING: Bandar raya Kuching memulakan inisiatif transformasi menjadi bandar raya mesra usia.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata inisiatif itu diambil susulan penerimaan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sebagai ahli rangkaian Bandar dan Komuniti Mesra Usia Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO AFCC).

“Kuching adalah bandar raya kelima di Malaysia yang menjadi sebahagian daripada rangkaian ini, yang merupakan komuniti global bertujuan memupuk pembangunan komuniti mesra usia di seluruh dunia dan menggalakkan penuaan sihat.

“Walaupun kita yang kelima, semoga kita tidak lama lagi boleh menjadi contoh cemerlang bandar mesra usia yang mengambil kira keperluan dan kepentingan semua peringkat umur, bukan sahaja di Sarawak tetapi  di Malaysia serta rantau ini,” katanya pada majlis pelancaran MBKS sebagai ahli AFCC di Bangunan MBKS di sini hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng, Timbalan Datuk Bandar Dato Dr Zaiedi Suhaili dan wakil WHO Dr Rabindra Abeyasinghe, yang juga ketua Pejabat Negara WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura.

Dr Sim berkata visi Sarawak untuk menjadi masyarakat yang maju dan makmur menjelang 2030 adalah inklusif kepada semua rakyat Sarawak.

"Menjadi mesra usia dan mesra kanak-kanak juga merupakan sebahagian daripada keterangkuman dan oleh itu, kita mahu memastikan ini adalah pengiktirafan piawaian antarabangsa," katanya.

Terdahulu, Wee berkata pelantikan MBKS sebagai ahli AFCC mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak yang tidak berbelah bahagi terhadap kesejahteraan semua warga emas di negeri ini.

“Pencapaian yang luar biasa ini bukan sahaja mengiktiraf kerja keras semua yang terlibat tetapi menandakan kesediaan Kuching menerima masa depan yang inklusif, yang mempertimbangkan kesejahteraan kedua-dua golongan muda dan warga emas.

“Ia juga merupakan langkah penting ke hadapan dalam mencapai beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui inisiatif Bandar Mesra Usia ini, termasuk kesihatan dan kesejahteraan yang baik (SDG 3), kesaksamaan jantina (SDG 5), mengurangkan ketidaksamaan (SDG 10) , inovasi dan infrastruktur (SDG 9), dan memupuk perkongsian untuk matlamat (SDG 17).

"Ia mencerminkan dedikasi bandar kita membina persekitaran yang menyokong orang ramai daripada semua peringkat umur, memastikan kualiti hidup yang harmoni dan mampan untuk setiap penduduk," katanya.

Beliau berkata lebih 12 peratus penduduk di Kuching berumur 60 tahun ke atas dan menjelang 2028, Sarawak dijangka menjadi masyarakat menua, dua tahun mendahului negeri lain di negara ini.

“Dengan realiti ini, timbul tanggungjawab untuk memastikan warga tua kita hidup bukan sahaja lebih lama tetapi lebih baik.

“Menjadi ahli AFCC adalah bukti kemajuan yang telah dicapai dan visi yang kita kongsi untuk masa depan.

“Ia menandakan dedikasi kami untuk mengubah bandar raya Kuching Selatan menjadi tempat di mana orang dewasa yang lebih tua dihargai apabila sumbangan mereka kepada masyarakat diiktiraf dan mereka boleh berkembang maju dalam persekitaran yang selamat, mudah diakses dan menyokong," kata Wee.

Ujarnya lagi sebagai tambahan kepada infrastruktur dan dasar, usaha Kuching ke arah menjadi bandar mesra usia juga tertumpu kepada komuniti, penjagaan dan budaya serta memastikan warga tua mendapat akses kepada ruang awam yang selamat, penjagaan kesihatan boleh dipercayai, perumahan yang menyokong dan peluang untuk penyertaan sosial bermakna.

“Dengan kerjasama pasukan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) dan bantuan hebat daripada pakar geriatrik Hospital Umum Sarawak (SGH) Dr Ling Jia Nee dan pegawai teknikal WHO Dr Nazirul Shamsudin, kami sedang melaksanakan rancangan yang bukan sahaja menangani keperluan segera daripada populasi warga emas tetapi bersedia untuk masa depan, memastikan sokongan dan penjagaan berterusan ketika Kuching berubah menjadi sebuah bandar yang mesra usia.

“Kami juga melihat langkah proaktif yang memastikan warga emas disokong dalam setiap aspek kehidupan daripada pemeriksaan perubatan percuma di bawah inisiatif Kenyalang Gold Card kepada pengangkutan awam yang lebih baik serta kemudahan mesra warga emas,” katanya.

AFCC WHO yang dibangunkan dalam Panduan Bandar Mesra Usia Global mencadangkan lapan domain yang saling berkaitan, dapat membantu mengenal pasti dan menangani halangan kepada kesejahteraan serta penyertaan orang tua.

Domain ini termasuk ruang luar dan bangunan, pengangkutan, perumahan, penyertaan social, rasa hormat dan keterangkuman social, penyertaan dan pekerjaan sivik, komunikasi dan maklumat serta sokongan komuniti dan perkhidmatan kesihatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.073800 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list