CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16707|Reply: 0

[Sarawak] Program MM2H diteruskan, ejen sebar maklumat palsu berkaitan program disenarai hitam

[Copy link]
Post time 16-10-2024 03:15 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Program Malaysia My Second Home (MM2H) diteruskan dan permohonan bagi yang layak dipertimbangkan, kata Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing (gambar).

Ahli Parlimen Bintulu itu berkata, walaupun terdapat khabar angin disebarkan pihak tidak bertanggungjawab kononnya program MM2H belum beroperasi dan tidak boleh menerima permohonan.

"Saya ingin mengingatkan sesetengah ejen supaya menghentikan penyebaran khabar angin atau maklumat mengelirukan mengenai program MM2H kerana ia boleh menjejaskan usaha kerajaan bagi menggalakkan warga asing memohon menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiong berkata susulan pelbagai aduan diterima, MOTAC telah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti ejen terlibat dalam penyebaran maklumat palsu itu.

Katanya, setelah dikenal pasti kementerian mengambil tindakan tegas termasuk menyenarai hitam ejen terbabit bagi mengelak berlaku kesalahan berulang pada masa akan datang.

"Ejen yang tidak bertanggungjawab sememangnya menghalang usaha kerajaan bagi mempromosikan MM2H di peringkat antarabangsa," jelasnya.

Tiong menegaskan amaran ini adalah jelas mana-mana ejen sengaja menyebarkan maklumat palsu termasuk mengelirukan orang awam atau mengaut keuntungan daripada tindakan itu akan berdepan dengan undang-undang.

Katanya, MOTAC tidak mahu tindakan tidak bertanggungjawab ini menjejaskan program MM2H atau menyebabkan kesan buruk lebih besar pada masa depan.

"Sistem permohonan MM2H pada masa sekarang masih di fasa percubaan yang mana program MM2H telah dilancarkan semula dan terbuka kepada pemohon yang layak.

"Dalam pada itu, beberapa kategori pemohon berjaya diluluskan dan ia merupakan perkembangan yang bagus bagi program MM2H secara amnya," kata beliau.

Untuk program MM2H ini, sesiapa yang berminat memohon boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi MOTAC dan menghubungi Helpdesk OSC MM2H di talian 03-88917434, 03-88917439, 03-88917427 atau emel ke [email protected] untuk maklumat sahih.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.034480 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list