CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30728|Reply: 9

Sejujurnya, tujuan perkahwinan itu apa?

[Copy link]
Post time 17-10-2024 12:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 17-10-2024 05:08 AM


Katanya, jika trend isteri minta cerai berterusan menyebabkan kadar perceraian meningkat tinggi.

SEMAKIN ramai isteri yang berani memfailkan perceraian di mahkamah.

Bahkan ada segelintirnya membuat keputusan itu tanpa perbincangan dengan suami terlebih dahulu.

Tindakan nekad itu kerana mahu segera meletakkan titik noktah dalam perkahwinan yang mungkin dianggap sudah tidak bahagia.

Pakar kaunseling keluarga, Hushim Salleh berkata, perkara itu seperti sudah menjadi trend baharu kebelakangan ini dan boleh dikatakan mengendalikan kes berkenaan setiap hari (isteri minta cerai).

"Banyak faktor yang menyumbang kepada wanita minta cerai dan kemungkinan wanita pada masa kini mempunyai kerjaya, boleh berdikari dan 'survive' diri tanpa bergantung dengan lelaki.

"Ini mendorong mereka mahu mengambil tindakan sedemikian (cerai) kerana enggan meneruskan perkahwinan toksik yang memberikan tekanan mental dan emosi," katanya.

Menurutnya, ramai wanita datang ke klinik kaunselingnya menceritakan masalah rumah tangga yang mereka hadapi berpunca daripada masalah kewangan, tiada persefahaman dan masalah hubungan seksual.

Beliau berkata, ada yang baru setahun usia perkahwinan, tetapi isteri sudah minta cerai kerana mempunyai masalah kewangan.

"Manakala isteri minta cerai pada usia perkahwinan 10 hingga 14 tahun kerana mereka sudah letih mental dan fizikal mengharungi rumah tangga yang tidak membahagiakan.

"Ramai juga yang datang mengadu mengatakan suami tidak memberikan nafkah zahir (wang) sejak 10 tahun perkahwinan kerana alasan isteri bekerja dan mempunyai gaji.

"Keadaan ini membuatkan isteri memendam rasa tidak puas hati dalam tempoh lama dan akhirnya mengambil tindakan minta fasakh," katanya.

Katanya, sebagai kaunselor keluarga tentunya akan memberikan nasihat dan meminta mereka supaya tidak bercerai.

"Namun, mereka tetap dengan pendirian mahu bercerai, maka saya tidak boleh menghalang keputusan mereka.

"Kebanyakan suami yang saya temui enggan menceraikan isteri mereka.

"Jadi, dalam sesi kaunseling, suami diberikan peluang mengubah diri selepas mendengar luahan isteri.

"Jika selepas dua bulan menjalani sesi kaunseling, suami berubah ke arah lebih baik, maka perceraian tidak berlaku dan begitu sebaliknya," katanya.

Hushim berkata, suami tidak mahu bercerai sekiranya isteri mempunyai gaji yang ada kalanya lebih tinggi daripada suami.

"Pada masa kini, kebanyakan isteri menjadi sumber pendapatan suami untuk membantu membayar komitmen rumah tangga.

"Mungkin ada yang marah dengan pendedahan ini kerana apa yang dikatakan adalah berdasarkan kepada kes saya dikendalikan.

"Faktor lain isteri minta cerai kerana suami curang berulang kali, berpoligami secara senyap dan 98 peratus wanita mengakui tidak boleh menerima tindakan suami berkahwin lain," katanya.

Beliau berkata, untuk mengelakkan isteri minta cerai, suami hendaklah memainkan peranan sebaiknya sebagai ketua keluarga, bertanggungjawab, setia, memberi nafkah bulanan, kasih sayang dan fokus keluarga.

"Ini akan memberi kesan trauma kepada anak-anak ketika zaman kanak-kanak mereka.

"Sebab itu sekarang berlaku banyak masalah sosial dalam masyarakat daripada keluarga yang bercerai," katanya.

Jelasnya, ini kerana anak-anak tidak mempunyai bapa sebagai suri teladan sepanjang mereka membesar.

"Ibu terpaksa mengambil peranan bapa, jadi kesannya tidak bagus daripada segi akidah, sosial, akademik, ekonomi dan kemenjadian anak itu.

"Apa yang saya cakap ini adalah berdasarkan kes rumah tangga dikendalikan lebih 20 tahun lalu," katanya.

Harian Metro

Multiple Polls: ( Max 5 choices ), Total 12 Users voted

Count down: 963 Days16 Hours12 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada org nk anak..ada org nk peneman..ada yg utk xxx semata
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
tak pasti apa tujuan nak kawen, sampai sekarang pun tak dapat jawapan...rasa macam itu lah kitaran hidup manusia..tapi rumah tangga i ok2 jek..turun naik..happy..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
"Sejujurnya, berkahwin itu untuk apa?"

bongoknye soalan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena la kawin...nnt ada makhluk bingai yang kecam andartu/antertu/tak laku..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 06:14 AM | Show all posts
The concept of marriage in Islam is purely there to restrict pre-marital or extra-marital sex.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2024 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah orang nk bercerai pun semuanya dah tertulis sampai situ jer
Takyah la pertikaikan apa2
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 06:52 AM | Show all posts
minahgempal replied at 17-10-2024 12:13 AM
tak pasti apa tujuan nak kawen, sampai sekarang pun tak dapat jawapan...rasa macam itu lah kitaran h ...

yeap kitaran idop manusia.. mmg mcm dah auto-set, umor 5-6 tahun kena pergi tadika, umur 7 masuk sekolah rendah, umur 13 masuk sekolah menengah, lepas spm kena sambung peringkat diploma/asasi/degree, lepas grad kena kerja and 20 and above tu kena kawen...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2024 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
1 word.
Empowerment.
Dulu² otak tu dh didoktrin sorga bwh tapak kaki somi. Auloh benci serai. Bergegar arash kalo mintak serai. Mcm² hadis palsu digunapakai nk paksa org pompuan btahan dlm perkahwinan toksik. Sikit² diugut xsiom bau sorga ibarat kunci sorga suami yg pegang.

Pompuan lani xmcm tu dah.
Ko kawin sbb ko syg & nk halalkn hubungan. Kang kna tangkap basah kna cerca pulak kalo idop gaya kapir. Hati ni bole bbolak balik, jodoh tu mmg dh tertulis di loh mahfuz. Kalo takat 5,10,20thn ja jd suami isteri takat situ je lah. Suami taguna atau lain² tu asbab bcerai ja. Bukan kbat sgt pon.

Baideway.. Nk ot sat, Liam 1Direction mati terjun hotel tader sape bukak tered lg ke??
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 17-10-2024 07:01 AM
1 word.
Empowerment.
Dulu² otak tu dh didoktrin sorga bwh tapak kaki somi. Auloh benci serai. Berg ...

yg sebetulnya kat malaysia ni.... sorga bawah tapak kaki ibu suami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.384997 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list