View: 10935|Reply: 19
|
[Tempatan]
Kekerasan, penderaan punca 131 tahanan Rohingya lari dari depot tahanan - EAIC
[Copy link]
|
|
Kekerasan, penderaan punca 131 tahanan Rohingya lari dari depot tahanan JIM - EAIC
Mohd Iskandar Ibrahim
[email protected]
POLIS berjaya memberkas tujuh lagi lelaki warga Rohingya yang dikenalpasti antara 131 PATI yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Februari lalu. FOTO Arkib NSTP
Putrajaya: Kekerasan dan penderaan oleh beberapa pegawai Jabatan Imigresen (JIM) antara hasil siasatan ditemui Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung insiden 131 tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor (DISB) pada 1 Februari lalu.
Dalam kenyataan hari ini, EAIC memaklumkan, kekerasan dan penderaan terhadap tahanan etnik Rohingya bermula sejak 2020 hingga 2021 ketika mereka ditempatkan di Kem Wawasan Langkawi sebelum dipindahkan ke beberapa depot imigresen, termasuk DISB.
"Beberapa pegawai JIM di DISB, termasuk dua orang pegawai yang pernah bertugas di Kem Wawasan Langkawi sebelum ditukarkan ke DISB, didapati melakukan kekerasan yang melampau serta penderaan fizikal dan mental terhadap tahanan etnik Rohingya sehingga mengakibatkan kecederaan kepada mereka.
"Sehubungan itu, EAIC yang menjalankan siasatan berdasarkan aduan diterima dan mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700), memutuskan untuk merujuk syor hukuman terhadap pegawai terbabit kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) JIM," katanya.
Menurut kenyataan itu, cadangan penambahbaikan infrastruktur depot tahanan juga akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah JIM.
"EAIC sudah membuat laporan polis mengenai isu kekerasan dan penderaan terhadap tahanan etnik Rohingya di DISB dan Kem Wawasan Langkawi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.
Menerusi kenyataan itu, EAIC turut menyenaraikan empat punca insiden tahanan melarikan diri dari depot berkenaan antaranya terdapat unsur kekerasan melampau serta penderaan fizikal dan mental yang dialami oleh tahanan di DISB.
Malah, pegawai dari JIM dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas di DISB didapati tidak peka terhadap keadaan sekeliling sebelum insiden melarikan diri berlaku.
Selain itu, bangunan DISB, yang merupakan bekas Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), mempunyai kelemahan infrastruktur yang tidak memenuhi standard diperlukan untuk berfungsi sebagai depot tahanan.
Pegawai kanan dan penyelia di DISB gagal memantau dan bertindak untuk mengawal keadaan semasa insiden terbabit berlaku.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Abahmung at 17-10-2024 12:50 PM
Etnik Rohingya lolos: JIM tunggu laporan penuh siasatan EAIC
Oktober 17, 2024 @ 10:02am
BERNAMA
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Putrajaya: Jabatan Imigresen (JIM) menunggu laporan penuh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada Depot Imigresen Sementara Bidor (DISB), Perak pada 1 Februari lalu bagi melaksanakan tindakan lanjut.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata JIM memandang serius penemuan hasil siasatan EAIC bahawa terdapat unsur kekerasan dan penderaan fizikal dan mental terhadap tahanan, oleh beberapa pegawai JIM bermula 2020 hingga 2021.
"JIM tidak akan berkompromi terhadap apa jua bentuk penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pegawai.
"Sekiranya didapati terdapat unsur-unsur kekerasan dan penderaan, JIM akan mengambil tindakan keras terhadap pegawai berkenaan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, EAIC mendapati kekerasan melampau dan penderaan yang dilakukan beberapa pegawai JIM terhadap tahanan etnik Rohingya, adalah antara punca 131 tahanan meloloskan diri dari DISB, Perak pada 1 Februari.
EAIC memaklumkan perkara itu adalah antara hasil siasatan yang dijalankan suruhanjaya tersebut berdasarkan aduan yang diterima, mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.
Dalam pengurusan Depot Imigresen, Zakaria berkata JIM sentiasa mematuhi ketetapan standard piawaian antarabangsa iaitu United Nation Standard Minimum Rules For The Treatment of Prisoners (The Nelson Mandela Rules).
JIM turut mematuhi ketetapan International Committee of The Red Cross (ICRC) – Healthcare in Detention, Peraturan-Peraturan Imigresen (Pentadbiran dan Pengurusan Depot Imigresen) 2003 dan Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Mengenai Pentadbiran dan Pengurusan Depot Imigresen.
JIM mempunyai 25 buah depot imigresen termasuk Baitul Mahabbah yang meliputi 18 buah depot imigresen sedia ada, dua depot imigresen sementara dan lima Baitul Mahabbah.
|
|
|
|
|
|
|
|
In the First place kem ini tak perlu wujud pun. Naik tongkang bot nangis-mangis nak minta kebenaran landing. Sekarang bole cakap tak dilayan mesra. staff pulak salah...Pergi cuba seludup masuk China (lagi dekat dengan myanmar) , tengok macamana diorang layan pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah percaya la rohingya ni..
berapa banyak depoh ada pati pelbagai negara..
tak ada apa masalah pun..
nama pun duduk dalam depoh tahanan..
sah sah la memang imig berkeras..
nak nak rohingya jenis kepala batu tak reti bahasa punya orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hantar je la balik.
Alasan je tu sbb yang sebenarnya nak kuar dr kem tahanan |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong!...tolong!...kita islam rohingya kina simbilih...parampuan kina rogol..... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by missbigrockstar at 17-10-2024 03:14 PM
Datang pun takda sapa jemput kan. Sendiri serah tengkuk gadai nyawa naik tongkang.
Nak layanan mesra hebat camana lagi?
Aku teringat kejadian lari tahanan depot sampai ke lebuhraya beberapa tahun lepas. Beratus terlepas. Rasanya yg tak jumpa sampai hari ni aman2 dah living la vida loca serata pelusuk Msia ni. Lagi beberapa tahun jadi Long Tiger |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa suruh simpan lama2 puak nih. Patut post blk je terus sebaik dapat diarg |
|
|
|
|
|
|
|
nak suruh timang di timang sayang di sayang plak dah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada kekerasan yg x wajar kne hentikan. Rsau nnti mati pulak. Dlu prnah dgr cite, sorang polis guna kekerasan kat pakcik indon ni, kne sepak cmtu kot.. pakcik tu ada ilmu apa tah, black magic ke apa xtau, tapi x lama tu, polis tu mcm sakit2 cmtu. Bhya gak kalau salah org ni |
|
|
|
|
|
|
|
Terus lagi balik ke sana lg bagus |
|
|
|
|
|
|
|
Playvictim. Biarlah kena dera, baru serik sikit nak duduk di Malaysia dah. Semak la warga asing ramai2 ni. Banyak yang buruk dari yang baik. |
|
|
|
|
|
|
|
buli je tk pun hantar balik campak tepi laut pandai2 la |
|
|
|
|
|
|
|
Tak habis2 ditindas sejak lahir di Burma. Loserrr
|
|
|
|
|
|
|
|
EAIC ni apa pulak? tak habis2 nak layan aduan awam kat penjawat awam. Teruk betul penjawat awam ni ya. Benci betul rakyat dengan penjawat awam ni sampai ditubuhkan EAIC ni. Mengadu domba sebab tak boleh complaint direct kat PA. Guna saluran EAIC buat aduan sampai yang tak berkenaan pun dipanggil ambil statement. Macam pesalah kami PA ni di mata rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa lagi yang rakyat mahu dari PA? Pecat mereka semua? Jangan diwujudkan Kementerian dan Jabatan? Biar kerajaan berdiri sendiri tanpa kakitangan? Itu yang rakyat mau? |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya bila mereka mendarat, terus hantar balik naik kapal perang ke tempat asal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kira elok immi kutip
Kalau ikut kami ni..nk biarkan je korang dok dlm tongkang tuu |
|
|
|
|
|
|
|
demi kemanusiaan korg balik la negara korg balik...
dh tau xdilayan elok g berambus balik...xde sape jemput nko dtg sini...dh tau cmtu ko nak mtk dilayan mcm raja pulekk??eh jalandaaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|