Serangan di Lubnan: Pengunduran MALBATT dibuat UNIFIL
Pengunduran pasukan pengaman termasuk Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang menyertai misi di Lubnan akan diputuskan oleh Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) dan persetujuan bersama 50 negara yang terlibat.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun acaman semakin meningkat di selatan Lubnan, tetapi Malaysia tidak akan mengambil tindakan unilateral atau bersendirian melibatkan penyertaan pasukan MALBATT 850-11.