CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31041|Reply: 0

[Sarawak] KPT sedia kerjasama dengan kerajaan Sarawak pastikan rancangan pendidikan tinggi dilaksana

[Copy link]
Post time 17-10-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode


Zambry (dua kiri) ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Abang Johari di BCCK pada Rabu. Turut kelihatan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn (kiri). - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Sarawak bagi memastikan perancangan negeri khususnya dalam pendidikan tinggi dapat dilaksanakan dengan lancar.

Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ini termasuk program aeroangkasa yang diperkenalkan kerajaan di institusi pengajian tinggi tempatan.

"Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) juga memaklumkan kepada saya mengenai program itu (aeroangkasa) dan perkara ini dibincangkan semasa pertemuan kami (tadi). Saya telah sampaikan di peringkat universiti, kami sedia memberikan kerjasama.

"Saya difahamkan satu pasukan dari IPTA (institusi pengajian tinggi awam) kami turut terlibat untuk memastikan rancangan kerajaan Sarawak dapat dilaksanakan dengan berkesan," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai delegasi kementeriannya melakukan kunjungan hormat ke atas Abang Johari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Mengenai lawatan kerjanya ke Sarawak, Zambry berkata ia sempena pengisytiharan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Majlis pengisytiharan itu berlangsung pada pagi Rabu di UNIMAS yang dirasmikan sebelum dijadual bertemu Abang Johari pada sebelah petang.

"Secara umumnya, kami berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai keadaan pengajian tinggi semasa, khususnya di Sarawak. Saya memerhati kemajuan yang ketara dalam pembangunan sumber manusia, yang merangkumi program peringkat universiti.

"Kami juga membincangkan rancangan masa depan, termasuk pembangunan rangka tindakan pendidikan jangka panjang.

"Pada masa ini, kami dalam proses mewujudkan pelan baharu untuk 2026 hingga 2035. Itu adalah fokus keseluruhan perbincangan saya dengan Premier Sarawak," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.092020 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list