CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15090|Reply: 33

Berjalan laju keluar makamah, Aliff-Ruhainies enggan layan wartawan

[Copy link]
Post time 18-10-2024 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 18-10-2024 03:44 PM

AKTOR kontroversi Aliff Aziz dan pelakon sensasi Ruhainies terus diam membisu usai mahkamah menetapkan kes khalwat yang melibatkan mereka berdua ditangguhkan Februari depan.

Kedua-dua selebriti itu enggan memberikan sebarang komen kepada pihak media berhubung penangguhan sebutan kes itu.


Malah, Aliff dan Ruhainies turut menghiraukan pihak media ketika diajukan beberapa soalan.


Pada prosiding yang berlaku pada Khamis, mahkamah menetapkan perbicaraan melibatkan Aliff dan Ruhainies ditangguhkan pada 20 dan 27 Februari tahun hadapan.


Tempoh jaminan bagi kedua-dua tertuduh itu juga dilanjutkan sehingga tarikh perbicaraan yang seterusnya.


Mahkamah juga membenarkan Aliff untuk menggantikan penjamin baharu selepas penjamin sebelumnya iaitu Muhammad Nur Aiman Zainul Ilyas menarik diri dan ditukarkan kepada Furqan Abdul Rahim.


Awal Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim atas pertuduhan khalwat yang didakwa berlaku di kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.


Terdahulu pada 20 Jun, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.


Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tersebut.


Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies hangat menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.


Susulan kes terbabit, Aliff dan bekas isterinya, Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, bercerai talak satu pada 13 Jun lalu. -- Gempak






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2024 10:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 11:23 AM | Show all posts

hahahhaa... dalam kereta nih da ada bunga tu da.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by minime88 at 18-10-2024 10:25 AM

seriously they wasting public resources. why not just admit mmg betul he was there
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak suruh macammana.dia layan reputs, netz kata x tau malu sengih sengih jawab wartawan .suka limelite
X layan dituduh kekwat
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 11:18 AM | Show all posts
Orang tu diam pun salah, nnti dia bersuara jadi headline pulak.. Pastu nak cakap panjang2 sengih2 mcm memey dgn oman ke, sambil jalan berdua-dua mcm laki bini.. Tu lagi tak reti malu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2024 11:24 AM | Show all posts
mengaku je lah....setel, takyah buang masa buang duit
pastu korang kawen jer, agak2 tak sesuai cerai
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 11:30 AM | Show all posts
dewi_rina replied at 18-10-2024 11:18 AM
Orang tu diam pun salah, nnti dia bersuara jadi headline pulak.. Pastu nak cakap panjang2 sengih2 mc ...

kan??? padan la dgn muka media2 tu, konon nak tanya soalan pastu kalau diorg bersuara, si kemek pulak up status perli cara halus.

hah ambik....ignore terus. bagus reaksi alip dan ruru kali ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2024 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa adik dia tarik diri tanak jadi penjamin alip?

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bunga driver beli kew?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 11:37 AM | Show all posts
Elok la diam. Kalau tak merata cerita diaorg berhari2
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
2 ekor ni patut diban seumur hidup
Kehadiran dalam industri pun takde beri impact positif
Terutama si temasik tu jgn diberi peluang langsung lah
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 11:40 AM | Show all posts
Shayang replied at 18-10-2024 11:33 AM
Kenapa adik dia tarik diri tanak jadi penjamin alip?

haaaa... kan aku pun baca tang tu. penjamin asal tarik diri pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 11:45 AM | Show all posts
tidak_kelihatan replied at 18-10-2024 03:30 AM
kan??? padan la dgn muka media2 tu, konon nak tanya soalan pastu kalau diorg bersuara, si kemek pu ...

Saje nak provok, kang apa disebut jadi headline.. Diam pun jadi isu ye

Pergi lah dekat bella yg menceceh-ceceh tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 11:56 AM | Show all posts
dewi_rina replied at 18-10-2024 11:45 AM
Saje nak provok, kang apa disebut jadi headline.. Diam pun jadi isu ye

Pergi lah dekat bella yg m ...

kannn. dgn muka tercebek2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka ati korang la
Cuma nak tanya
Penjamin yg asal tu takde duit ke nak bayar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2024 12:12 PM | Show all posts

Dah standby nak cakap apa, terkemut-kemut mata tengok kamera.. 1 2 3, action! Kena buat muka sedih, sebek, kesian, simpati
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 12:24 PM | Show all posts

nampak bunga dalam kereta hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 12:25 PM | Show all posts
Shayang replied at 18-10-2024 03:33 AM
Kenapa adik dia tarik diri tanak jadi penjamin alip?

maybe taktik nak lambatkan kes kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 18-10-2024 12:25 PM
maybe taktik nak lambatkan kes kot

Lagi lama bukan ke lagi byk kos keluar?
Org kalau boleh nak setel cepat, bleh move on dan suci kan balik nama
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064394 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list