CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 73870|Reply: 0

[Pulau Pinang] Air pasang besar: Tiada banjir dilaporkan berlaku di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 19-10-2024 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 19-10-2024 05:16 PM

Air pasang besar: Tiada banjir dilaporkan berlaku di Pulau Pinang

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

19 Oktober 2024 04:43pm




Kon Yeow (tengah) menyaksikan penyampaian anugerah sempena Majlis Konvokesyen Penganugerahan Sijil Program EmpowerNCER:Kemahiran dan Keusahawanan Bagi Daerah Seberang Perai pada Sabtu.




BUTTERWORTH - Tiada laporan mengenai bencana atau kejadian banjir yang diterima berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku di Pulau Pinang setakat ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, meskipun jangkaan akan berlaku fenomena berkenaan bermula 18 hingga 21 Oktober ini namun sehingga hari ini keadaan masih lagi terkawal.

"Keadaan masih terkawal dan saya akan melawat beberapa tempat bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri untuk melihat keadaan.

"Setakat ini tiada laporan mengenai banjir dan sebagainya (diterima)," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Penganugerahan Sijil Program EmpowerNCER:Kemahiran dan Keusahawanan Bagi Daerah Seberang Perai di sini, pada Sabtu.


Sebelum ini, JPS Pulau Pinang meramalkan fenomena air pasang besar akan berlaku di Pulau Pinang antara 18 hingga 21 Oktober ini.

Bukan itu sahaja, banjir kilat juga dijangka akan berlaku sekiranya hujan lebat dalam tempoh tersebut.


Berdasarkan Jadual Pasang Surut Malaysia 2024 paras air laut pasang tertinggi di perairan Pulau Pinang akan mencecah di antara 2.8 hingga 3.1 meter CD (Chart Datum) dalam tempoh berkenaan.

Pertembungan hujan lebat dalam tempoh sejam dengan air pasang akan berisiko tinggi kepada kawasan pinggir pantai dan sungai-sungai utama di Pulau Pinang.


Sementara itu, Kon Yeow turut menyeru orang ramai terutamanya mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan pantai untuk elak mendekati kawasan laut sekiranya mendapati berlaku angin kencang dan ombak kuat.


Katanya, Unit Pengurusan Bencana Pulau Pinang juga sentiasa bersiap siaga untuk menangani sebarang kejadian luar jangka seperti pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa lokasi tumpuan di lima daerah di negeri ini.


https://www.sinarharian.com.my/article/691969/edisi/utara/air-pasang-besar-tiada-banjir-dilaporkan-berlaku-di-pulau-pinang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.048800 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list