CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7758|Reply: 0

[Tempatan] Profesor Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin berkata Turunkan harga rumah lebih baik berbanding panjangkan tempoh pinjaman.Anda setuju?

[Copy link]
Post time 21-10-2024 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Felo Penyelidik, Pusat Ekonomi Islam UIAM, Profesor Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin berkata dari sudut perspektif Islam,
pemanjangan tempoh hutang atau pembiayaan rumah perlu dianalisis dalam konteks keadilan dan kesejahteraan masyarakat.


Irwan menjelaskan pembiayaan rumah jangka panjang mungkin dapat membantu kelompok berpendapatan rendah memiliki rumah, namun ia perlu dipastikan supaya tidak membebankan peminjam dengan hutang yang tidak terkawal.

Ini kerana tempoh yang lebih panjang boleh menyebabkan beban kewangan berlarutan dan ia berlawanan dengan prinsip mengelakkan kemudaratan.

Sebaliknya, menurunkan harga rumah mungkin lebih selari dengan prinsip keadilan sekiranya harga rumah yang ditetapkan di pasaran tidak mencerminkan situasi sebenar, terutama apabila tiada keseimbangan antara penawaran rumah mampu milik (kos rendah/sederhana) dan penawaran rumah mewah,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan tentang sudut pandang Islam sama ada ia cara yang betul untuk memanjangkan tempoh hutang bagi membeli rumah.

Ini susulan pada 10 Oktober lalu, BERNAMA melaporkan Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan akan membincangkan cadangan dasar perumahan negara, termasuk meneliti pemberian pinjaman perumahan berjangka masa panjang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.031436 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list