CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10541|Reply: 0

[Sarawak] Jenazah mangsa perahu karam dikebumi di kampung masing-masing

[Copy link]
Post time 21-10-2024 03:24 PM | Show all posts |Read mode




Jenazah di sembahyangkan sebelum dimasukkan ke dalam van jenazah di pekarangan HUS hari ini. - Gambar Penerangan

KUCHING: Kesemua lima jenazah perahu karam dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Menurut kenyataan daripada Unit Komunikasi Korporat Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini, jenazah mangsa insiden perahu karam diserahkan kepada waris selepas proses bedah siasat.

Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) turut memaklumkan selesai bedah siasat, jenazah dimandikan dan disembahyangkan sebelum diserah kepada waris.

Perkara tersebut dimaklumkan kepada semua waris mangsa yang menunggu di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HUS dan Dewan Pesona HUS, pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Mohamad Khairul Bidin, 26, merupakan jenazah pertama yang dikeluarkan oleh Jabatan Perubatan Forensik, HUS.

Cuaca mendung mengiringi jenazah beliau tepat jam 1.20 petang setelah disembahyangkan bagi dibawa van jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tambak Pusa, Betong.

Jenazah Allahyarham Majurie Maharuf, 32, bakal dikebumikan di Balingian, Mukah manakala jenazah Allahyarham Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26, dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Rangawan Sadong Jaya, Samarahan.

Bapa kepada mangsa Mohd Afiq, Ibrahim Sebehi memaklumkan akan mengurus pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Kampung Rangawan, Sadong Jaya, Samarahan.

Mohd Afiq merupakan salah seorang daripada lima mangsa yang terlibat dalam tragedi perahu karam pada 18 Oktober lalu, meninggalkan dua orang anak masing-masing berusia enam tahun dan lima bulan.

Bagi jenazah Allahyarham Mohammad Ikhmal Sama'ail, 34, pula diuruskan di Tanah Perkuburan Kampung Tanjung Bundong Samarahan.

Sementara itu, jenazah Allahyarham Muhammad Khairul Hisham Kasturi, 23, yang merupakan mangsa terakhir dikuburkan di Tanah Perkuburan Kampung Rebak, Asajaya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima mangsa tragedi perahu karam pada Jumaat lepas telah ditamatkan jam 10 pagi tadi susulan penemuan kelima-lima mangsa kira-kira jam 6 pagi.

Tragedi perahu karam tersebut membabitkan lima mangsa daripada pasukan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) yang menyertai latihan untuk Regata Sarawak yang akan berlangsung November depan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.849969 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list