CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14824|Reply: 0

[Sarawak] Gandakan usaha verifikasi golongan miskin di Sarawak, elak kecicira

[Copy link]
Post time 21-10-2024 03:37 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jentera pentadbiran kerajaan negeri Sarawak di peringkat bahagian dan daerah perlu mengandakan usaha dalam verifikasi golongan miskin di negeri ini bagi mengelak keciciran.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kapit Khusyairy (gambar) berkata Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2025 telah menegaskan tanggungjawab jentera pentadbiran kerajaan untuk memastikan tidak berlaku keciciran golongan miskin.

"Keprihatinan Perdana Menteri terhadap kebajikan golongan miskin baik mereka di pedalaman mahupun di bandar jelas dirungkai dalam pembentangan Belanjawan 2025.

"Beliau dengan tegas menyatakan bahawa tanggungjawab kita adalah untuk memastikan tidak ada keciciran dan meminta seluruh jentera kerajaan bekerjasama menggandakan usaha verifikasi golongan miskin.

"Justeru, kerajaan Sarawak yang bernaung di bawah kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan wajar menyaut saranan Perdana Menteri ini," katanya dalam kenyataan.

Ujar Khusyairy, gerak kerja kakitangan Program Kerja Jangka Pendek (MySTEP) dalam verifikasi golongan miskin perlu diperhebatkan untuk mencergaskan kaunter pendaftaran e-Kasih.

Kakitangan MySTEP juga katanya, hendaklah diberi arahan mengadakan kaunter bergerak ke kawasan  bandar dan pedalaman supaya tidak ada rakyat miskin tercicir mendapat faedah dasar MADANI.

"Menoktahkan kemiskinan bukan semata-mata tanggungjawab kerajaan persekutuan tetapi juga kerajaan negeri wajib memberikan kerjasama baik berbentuk sumber peruntukan kewangan, kemudahan, dan logistik.

"Setiap program pemimpin bersama rakyat yang lazim dipraktikkan oleh wakil rakyat bersama agensi dan jabatan kerajaan negeri, kakitangan MySTEP harus dijemput bersama ke kampung dan rumah panjang untuk menerangkan dan membuka kaunter bergerak.

"Saya juga menaruh harapan sesungguhnya niat kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Khas Membasmi Kemiskinan Tegar ditadbir dengan kesungguhan dan penuh integriti sejajar dengan niat inginkan Sarawak sebuah negeri maju dalam Malaysia," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.048769 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list