CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15581|Reply: 0

[Sarawak] Peruntukan besar bukti Kerajaan MADANI komited tingkat kualiti pendidikan: STU

[Copy link]
Post time 21-10-2024 03:46 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Peningkatan peruntukan kepada RM64.1 bilion untuk sektor pendidikan jelas menunjukkan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat komited untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Kullin Djayang (gambar) berkata, ini sekali gus memberikan imbangan pendidikan yang sama rata untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia.

“Sebagai kesatuan, STU amat berterima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan untuk memberikan keutamaan dalam peruntukan bagi menyelenggara 543 sekolah daif di seluruh negara, terutamanya di Sarawak dan Sabah serta membina 44 sekolah baharu bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat.

“Kita berharap semua peruntukan disalurkan dengan telus serta dipantau oleh kerajaan agar tidak berlaku sebarang ketirisan hingga menjadi projek penyelenggaraan dan pembinaan sekolah terbengkalai atau dibina tanpa mengikut pelan asal.

“Tindakan yang tegas wajar dikenakan kepada syarikat yang tidak akur termasuk disenaraihitamkan. Ini bertujuan agar semua projek berjalan lancar dan mengelak sebarang rungutan terhadap projek kerajaan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada Jumaat.

Menurut Kullin, pada era sekarang tiada lagi guru yang harus tinggal di kuarters usang dan tidak selamat, selain keselesaan mengajar harus diutamakan untuk guru dan pelajar agar hasil pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkualiti.

Manakala katanya, peruntukan RM800 juta untuk bantuan awal persekolahan bagi pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dan bantuan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah ditingkatkan kepada RM180 juta.

“Ini adalah satu langkah yang amat kami hargai dan berharap dengan bantuan ini akan mengurangkan kadar keciciran, khasnya bagi pelajar yang berasal daripada kekuarga miskin dan ketiadaan ibubapa,” tegasnya.

Menurut beliau, selama ini kes keciciran pelajar banyak menyukarkan para guru untuk memberikan pendidikan terbaik kepada semua pelajar, khasnya di kawasan pedalaman.

Maka dengan bantuan awal itu, STU berharap akan lebih menarik minat golongan itu untuk hadir ke sekolah serta dapat belajar dengan selesa.

“Kita juga ingin menekankan penggunaan bantuan awal ini digunakan dengan betul oleh pihak ibu bapa atau penjaga untuk membeli semua keperluan persekolahan bagi anak yang bersekolah,” katanya.

Dengan peruntukan yang besar ini katanya, STU berharap pihak KPM dapat menetapkan segala aktiviti yang benar-benar boleh membantu golongan sasar iaitu golongan miskin dan masyarakat luar bandar serta pedalaman mendapat pendidikan terbaik agar jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar dirapatkan.

“Di samping itu, kita juga ingin menekankan beberapa aktiviti pertandingan yang kurang relevan seperti pertandingan bilik buku teks, bilik sumber, asrama, kantin, tandas, lorong PPDA dan beberapa yang lain, dikurangkan. Cukuplah ia sekadar dapat digunakan dengan selesa dan selamat.

“Ini kerana kita harap agar peruntukan tersebut dapat terus digunakan untuk penyelenggaraan bangunan sekolah yang masih daif seperti kuarters guru, kelas dan asrama agar ia lebih selamat dan selesa digunakan,” katanya.

Kullin berkata, secara keseluruhan peruntukan bagi sektor pendidikan tahun ini amat memberangsangkan dan berharap kualiti pendidikan negara dan keselesaan para guru sertapelajar sentiasa diutamakan.

STU katanya, juga ingin mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas usaha meningkatkan kadar gaji semua penjawat awam termasuk guru serta Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.070277 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list