CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15611|Reply: 0

[Sarawak] Tempat letak kereta baharu di LTAK dalam pembinaan: Sarawak Metro

[Copy link]
Post time 21-10-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode


Pelan tempat letak kereta yang baharu di LTAK. - Gambar Facebook Sarawak Metro

KUCHING: Stesen Transit Aliran Autonomi (ART) akan dibina di tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), kata Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro).

Sarawak Metro dalam catatan di Facebook, berkata justeru, tempat letak kereta baharu akan dibina untuk lapangan terbang tersebut.

Katanya, kerja-kerja di tempat letak kereta baharu itu telah dimulakan sejak 17 Oktober dan dijangka berterusan sehingga 16 Januari tahun depan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu di kawasan itu dan mematuhi semua langkah pengurusan lalu lintas, papan tanda amaran jalan raya dan had laju yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan semua orang,” kata Sarawak Metro.

Sementara itu, menurut notis yang disiarkan, pembinaan tempat letak kereta baharu itu adalah sebahagian daripada kerja-kerja infrastruktur untuk Laluan Merah dari Kuching Sentral ke Pending di bawah Fasa 1 projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching.

Kerja-kerja pembinaan akan dijalankan dari 9.30 pagi hingga 4.30 petang dan 7 malam hingga 4.30 pagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.227245 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list