CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16071|Reply: 0

[Sarawak] Tiga buruh terlibat gaduh gempar masing-masing didenda RM1,000

[Copy link]
Post time 21-10-2024 03:55 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 setiap seorang terhadap tiga buruh kontrak akibat melakukan gaduh gempar di tempat awam pada September lalu.

Majistret Ling Hui Chuan memerintahkan Qamal Khalid, 27, Andika Paidin, 31 dan Muhammad Sopian Noor, 26, masing-masing dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah sebaik didakwa mengikut Sekyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka pada 28 September 2024, kira-kira jam 10 malam di tepi jalan di Jalan Gita Lama, Kampung Pinang Jawa di sini.

Fakta kes mendedahkan salah seorang tertuduh (Sopian) membuat laporan polis bahawa dia diserang oleh dua lelaki dikenali dengan sebilah pisau pada malam kejadian.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati bahawa kesemua tertuduh melakukan gaduh gempar dengan melakukan kekecohan dan bergaduh sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Difahamkan, berlaku salah faham antara mereka malah Sopian dikatakan berada di bawah pengaruh alkohol sewaktu kejadian.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.189041 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list