CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11898|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tertuduh keluar kata-kata kesat, bising sampai diarah keluar mahkamah

[Copy link]
Post time 22-10-2024 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 22-10-2024 02:22 PM

Tertuduh keluar kata-kata kesat, bising sampai diarah keluar mahkamah

Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]




TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas dua pertuduhan iaitu menumbuk cermin sebuah kereta serta menumbuk muka lelaki. FOTO Mikail Ong





Georgetown: Prosiding mahkamah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini terganggu seketika apabila pendawai elektrik yang menghadapi dua pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat dan berbuat bising sebelum diarah dibawa keluar.

Tertuduh, Mohd Hafiz Abidin, 39, didakwa menumbuk cermin kereta dan wajah seorang lelaki dalam dua kejadian berasingan, pada 17 Oktober dan 12 September lalu, dan mengaku tidak bersalah.

Kedua-dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Hafiz didakwa telah melakukan perbuatan khianat dengan menumbuk cermin bahagian hadapan kereta sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM1,570.50.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di hadapan pejabat Agensi Pertahanan Awam (APM), di Lebuh Peel, di sini, 2.30 petang, 17 Oktober lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Hafiz didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas lelaki lain berusia 35 tahun dengan menumbuk mukanya di tepi Jalan Kimberley di sini, 6.30 petang pada 12 September lalu.

"Saya tak faham puan, saya tak tumbuk dia..., saya tak tumbuk dia," katanya yang kelihatan tidak berpuas hati selepas mendengar pertuduhan kedua itu sebelum dia diarah keluar dari kamar mahkamah.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 November depan sebagai tarih sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Darrshini manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).



Disiarkan pada: Oktober 22, 2024 @ 1:54pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1147181/tertuduh-keluar-kata-kata-kesat-bising-sampai-diarah-keluar-mahkamah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
ultra78Muzakarah teliti hukum solat pakai telek
Views : 33002 Replies : 36
Makin banyak tanda suka, 'live' Fattah cetus fenomena
maklukpenggodaMakin banyak tanda suka, 'live'
Views : 47514 Replies : 117
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 71886 Replies : 752
Kereta tak bayar dah 8 bulan hendak ditarik.Pemilik mengamuk jahanamkan kereta
YgBenarKereta tak bayar dah 8 bulan hendak dita
Views : 27080 Replies : 42
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 8872 Replies : 65
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 92501 Replies : 3592
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109855 Replies : 6949
“Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Perasaan Keluarga Mangsa” – Buat Akaun TikTok & Tulis Ayat ‘Kerat 8’ Netizen Minta Abah Hayat Diam
Abahmung“Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Peras
Views : 46570 Replies : 104
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 73632 Replies : 688
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 216225 Replies : 612

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.040154 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list