CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18221|Reply: 0

[Tempatan] Lelaki didakwa tak beri arnab makan hingga mati

[Copy link]
Post time 22-10-2024 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki didakwa tak beri arnab makan hingga mati

https://www.freemalaysiatoday.co ... -makan-hingga-mati/

FMT Reporters
22 Oct 2024, 11:06 AM


Shairazi Jamal Hatun didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan tidak memberi makan dan minum dua ekor arnab peliharaannya sehingga menyebabkan seekor haiwan itu mati.

Shairazi Jamal Hatun didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan zoo haiwan peliharaan Kampung Kepayang di Ipoh tahun lalu.

PETALING JAYA: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan tidak memberi makan arnab peliharaannya sehingga mati kebuluran pada tahun lalu.

Tertuduh, Shairazi Jamal Hatun, 43, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad, lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan, Shairazi didakwa cuai menyediakan makanan dan minuman bagi dua ekor arnab peliharaannya sehingga menyebabkan seekor daripada haiwan itu mati kebuluran dan seekor lagi terlalu kurus.

Shairazi didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan zoo haiwan peliharaan di Jalan Simpang Pulai, Kampung Kepayang, pada jam 11 pagi, 9 Jun tahun lalu.

Tuduhan itu dibuat mengikut Subseksyen 29(1)(d) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang sabit kesalahan boleh didenda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Roziman Awang Tahrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 28 Nov ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.049182 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list