CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18390|Reply: 5

Didakwa Ambil Kesempatan Isu Fattah Amin Dan Fazura Bercerai, Neelofa Dikecam Bincang Isu Nafkah

[Copy link]
Post time 22-10-2024 02:52 PM | Show all posts |Read mode





Nama pelakon dan usahawan Neelofa tiba-tiba menjadi tumpuan apabila segelintir netizen menganggapnya mengambil kesempatan atas kegagalan rumah tangga pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura.


Kontroversi ini bermula selepas siaran podcast yang memuatkan temubual Neelofa mengenai nafkah rumah tangga, walaupun rakaman tersebut dibuat pada bulan Julai lalu.





Dalam podcast tersebut, Neelofa, bersama rakan-rakan selebritinya Nora Danish dan Natasha Ozeir, berkongsi pandangan tentang pembahagian tanggungjawab dalam perkahwinan.


Neelofa mendedahkan bahawa dia tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sejak berkahwin dengan suaminya, Haris Ismail. Menurutnya, Haris percaya bahawa nafkah adalah tanggungjawab suami, dan oleh itu, semua keperluan seperti sewa rumah dan bil utiliti ditanggung sepenuhnya oleh suaminya.


Kadang-kadang saya beli susu anak atau pergi beli barangan dapur, dia akan tanya mana bil. Kalau dia nampak saya beli barang dapur tapi tak minta dia duit, dia cakap jangan buat macam ni. Sebab dia kata itu bahagian dia, jadi dia yang kena bayar,” jelas Neelofa.


Kenyataan tersebut kemudian mencetuskan pelbagai reaksi negatif, terutamanya daripada netizen yang merasakan ia seolah-olah sindiran kepada Nur Fazura yang baru sahaja mengumumkan perpisahan dengan Fattah Amin.


Seorang usahawan bahkan meluahkan kekecewaan terhadap Neelofa, menyatakan bahawa kenyataan tersebut mencerminkan sikap yang tidak sensitif terhadap situasi pasangan selebriti tersebut.








Namun, ada juga yang mempertahankan Neelofa, termasuk pelakon Nora Danish yang menjelaskan bahawa podcast itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu dan rakaman itu sebenarnya dibuat sebelum isu perpisahan Fattah dan Fazura timbul.


Dia menambah, terdapat pelbagai sebab kenapa podcast itu baru ditayangkan, termasuk faktor kesibukan produksi.


Neelofa sendiri menekankan kepentingan toleransi dalam perkahwinan dan perlunya menghormati suami sebagai ketua keluarga.


“Kenapa perempuan kena ikut cakap suami? Sebab bila kita jadi anak perempuan, semua tanggungjawab adalah di atas bahu ayah kita. Kemudian, seorang lelaki datang ambil kita, jadi rumah, makanan, dan perlindungan semua tanggungjawab dia,” katanya.


SUMBER : Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyo iyo lah engkau.
Mmglah laki engko bayar semua. Sebab dia tebuk drpd account kau lah. Apo susah?
Engkau bayar susu anak, dia mintak bil, dia ambik duit drpd account engko, dia bayar balik kat engko.
Janji dari tangan suami, tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..xmemasal pulak ye
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 08:41 AM | Show all posts
Carcosa replied at 22-10-2024 11:22 PM
Iyo iyo lah engkau.
Mmglah laki engko bayar semua. Sebab dia tebuk drpd account kau lah. Apo susah?
...

kan? ye ye je semua laki bayarkan. hahhaha. bukan dulu dia merana ke laki tak belanja gi obersi, harta karun semua
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 09:06 AM | Show all posts
Memang ler dia yg bayar
dia pon kerja dgn kau kan
kau bg dia gaji 10k..so 10k tu dia bayar la expenses semua
back to back

lain ler laki kau ceo petronas
asbab dia ceo petronas dia byr semua expenses
tu yelaa kau nak bangga

ni laki kerja dgn dia,,,dia bayar gaji laki dia
dari gaji yg dia bayr laki dia tu... laki dia byr expenses rumahhh
hahahahhahahahha
tu pon nak bangga
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 09:11 AM | Show all posts
Carcosa replied at 22-10-2024 11:22 PM
Iyo iyo lah engkau.
Mmglah laki engko bayar semua. Sebab dia tebuk drpd account kau lah. Apo susah?
...

betholllllllllllll tuuuu...


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.050420 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list