CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16324|Reply: 0

[Kedah] Polis sudah panggil pelajar, siasatan diserahkan pada universiti

[Copy link]
Post time 22-10-2024 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Polis sudah panggil pelajar, siasatan diserahkan pada universiti

Zuliaty Zulkiffli[email protected]



LAPORAN Harian Metro sebelum ini.





Jitra: Polis sudah memanggil pelajar lelaki sebuah universiti yang didakwa terbabit menipu badan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) susulan laporan polis yang dibuat, semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, bagaimanapun pihak polis tidak membuka kertas siasatan berikutan pelajar terbabit sudah pun memulangkan wang berkenaan.

Beliau berkata, sebelum ini tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu dan pihaknya menyerahkan kepada pihak universiti berkenaan untuk melakukan siasatan dalaman.

"Pelajar ini kita sudah panggil," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, CSM membuat laporan polis semalam selepas mendakwa ditipu seorang pelajar lelaki sebuah universiti di utara negeri ini kononnya dia memerlukan wang untuk membayar yuran pengajian.

Pengerusi CSM, Zuraini Kamal berkata, pelajar berusia 20-an memperkenalkan dirinya sebagai Lim dan menghubunginya pada Ahad lalu untuk membantunya mendapatkan dana bagi membiayai pengajiannya berjumlah RM5,000 dengan alasan keluarganya tidak berkemampuan.

Katanya, pelajar terbabit juga memberi alasan yang dia akan dibuang daripada universiti berkenaan jika dia tidak membayar yuran terbabit dan hasil maklumat yang diterima, pelajar itu dipercayai terbabit dalam perjudian dalam talian.



Disiarkan pada: Oktober 22, 2024 @ 2:57pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1147219/polis-sudah-panggil-pelajar-siasatan-diserahkan-pada-universiti




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.039267 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list