CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32288|Reply: 16

[Tempatan] Nyaris kena jual lepas dapat tawaran jadi pengasuh di Bangkok

[Copy link]
Post time 22-10-2024 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Nyaris kena jual lepas dapat tawaran jadi pengasuh di Bangkok

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... engasuh-di-bangkok/

Oleh MARLIA ZAKARIA
22 Oktober 2024, 5:28 pm


Nurul (dua kanan) dan Hishamuddin (kanan)ketika bercakap pada sidang media berhubung sindiket pemerdagangan manusia di Megan Avenue, Jalan Tun Razak, hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang pengasuh berusia 41 tahun nyaris diseludup di Myanmar selepas menerima tawaran pekerjaan sebagai pengasuh di Bangkok dengan kadar upah sebanyak RM2000 bagi empat hari, minggu lalu.

Nurul Huda Ahmad dari Taman Melawati berkata, dia sudah menjalankan pekerjaan tersebut selama lima tahun dan sering mengiklankan perkhidmatannya di media sosial termasuk Facebook.

“Kira-kira pukul 10 malam, saya dapat tawaran sebagai pembantu rumah dan pengasuh pelancongan melalui aplikasi WhatsApp yang memerlukan saya ke Bangkok bersama pelanggan. Saya bersetuju dan berlepas ke sana pada 13 Oktober serta tiba pada pukul 12.45 tengah hari.

“Ia kelihatan sangat semulajadi malah saya juga berkomunikasi dengan pelanggan itu bersama isterinya menerusi Zoom. Saya juga tidak syak apa-apa kerana pernah menerima tawaran serupa yang memerlukan saya ke Dubai dan Jepun sebelum ini,” katanya ketika sidang akhbar, di sini hari ini.

Setibanya di lapangan terbang Nurul berkata, dia telah ditahan oleh seorang lelaki dipercayai pegawai kastam dan diarahkan untuk mengikutinya ke meja pemandu pelancong.

“Kemudian saya dijemput oleh seorang pemandu menaiki sebuah kereta. Saya sepatutnya dibawa ke sebuah hotel di Bangkok, tetapi dibawa ke daerah Tak Mae Sot iaitu sempadan negara Myanmar pula,” ujarnya.

Tambahnya, sebaik tiba di sempadan Myanmar, dia diarahkan pemandu berkenaan supaya menyerahkan pasport untuk dicop seterusnya dibawa ke Myanmar tetapi wanita itu enggan berbuat demikian menyebabkan berlaku kekecohan.

“Polis sempadan mengarahkan pemandu yang bawa saya supaya berhenti di tepi jalan. Kemudian saya jelaskan bahawa saya cuba diseludup ke Myanmar kepada polis berkenaan.

“Polis itu meminta pemandu terbabit beredar dan bantu saya dengan membelikan tiket bas ke Bangkok semula. Saya terus pulang ke Malaysia dari Hatyai ke Padang Besar, Perlis. Saya tidak pulang melalui penerbangan kerana bimbang ditangkap scammer semula,” tambahnya.

Dalam pada itu Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, scammer pemerdagangan manusia kini semakin bijak memperdaya dan oleh kerana itu, orang ramai perlu lebih berhati-hati.

“Saya nampak masalah ini tidak akan habis. Mereka tidak lagi guna taktik lama sebab itu kami di MHO memanggil mangsa untuk bercerita supaya tidak ada lagi yang terjebak dengan modus operandi sama.

“Kami nak beritahu masyarakat, apa yang patut dilakukan jika kenalan atau ahli keluarga kena tipu atau terkandas di sana akibat ditipu sindiket. Paling penting, jangan sesekali membayar wang tebusan yang diminta sindiket,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 06:38 PM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 22-10-2024 06:40 PM

apooo rm2K keja bangkok utk 4 days?
apa2 yg too good to be true ni usually dengo boleh percaya jangan

nak cari keja... buat la due diligence dulu bak kata nini comot agent ketum metal
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 22-10-2024 06:38 PM
apooo rm2K keja bangkok utk 4 days?
apa2 yg too good to be true ni usually dengo boleh percaya janga ...

Dia kata dah biasa kerja pengasuh yang kena travel ke Dubai dan Jepun so mungkin benda ni tidaklah too good to be true untuk dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:20 PM | Show all posts
Thailand laos cambodia vietnam.... tawaran kerja dan apa2 tawaran dari negara2 ini adalah berpotensi besar untjk jadi scammer...

negara2 ini scam scam scam
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 08:38 AM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 22-10-2024 07:45 PM
Dia kata dah biasa kerja pengasuh yang kena travel ke Dubai dan Jepun so mungkin benda ni tidaklah ...

oooo mebi la

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 08:59 AM | Show all posts
mmg target mereka rakyat Malaysia ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2024 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 22-10-2024 06:38 PM
apooo rm2K keja bangkok utk 4 days?
apa2 yg too good to be true ni usually dengo boleh percaya janga ...


ini biasa je u... sbnrnya ada yg sanggup bayar lagi mahal drp ni utk babysitting
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 22-10-2024 08:20 PM
Thailand laos cambodia vietnam.... tawaran kerja dan apa2 tawaran dari negara2 ini adalah berpotensi ...

dia bukan terima tawaran kerja disana. tapi travel bersama dari sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dia... berani bgtahu. tapi reveal lebih2 tak risau ke keselamatan diri lepas ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 09:48 AM | Show all posts
hari tu tgk ada offer utk jadi babysitter di london.. x ingat gaji brp yg dia offer.. aku ni cuak je tgk sbb benda2 mcm ni, kena extra careful dan siasat background betul2 sblm tawar/accept job mcm ni.. sapa yg xde skill siasat, better minta tlg org lain siasat sblm ko accept job mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa sibuk nk culik rakyat Msia...tua pulak tu .kalau dia org trick pompuan indon muda2 lagi senang kot..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau baca komen budak budak toktok ayooo sungguh menyedihkan. Ramai yang tidak cakna kewujudan keje freelance macam ni dan sentiasa ingat pompuan kalau kena culik untuk dijual jadi pelacur. Please lah dik... Membaca jambatan ilmu, kalau tak tau better takyah komen.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Haiyooo seram baca. Mujur kakak ni selamat baik2 saja. Dulu pernah ternampak iklan parents ni cari babysitter utk ikut pergi uk selama beberapa tahun. Ramai gila komen nakkkk nakkkkk. Kita yg tgk ni plk yg risau, mudah betul percaya tanpa selidik betul2
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu kerja jadi Bibik???

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 23-10-2024 09:51 AM
Kenapa sibuk nk culik rakyat Msia...tua pulak tu .kalau dia org trick pompuan indon muda2 lagi senan ...

Sebab masih ketat
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 10:43 AM | Show all posts
JunkMail replied at 23-10-2024 09:53 AM
Kalau baca komen budak budak toktok ayooo sungguh menyedihkan. Ramai yang tidak cakna kewujudan keje ...

Aku tak paham..
Ada ke ko maksudkan yang akak ni nak kena culik sebab nak dijadikan babysitter??

Aku rasa, kalau dah nak kena seludup masuk Myanmar tu maksudnya nak kena jadik cyberslave la..
Kena paksa jadik scammer / macau scam. Jadik pelacur mungkin tak kot.. tapi kalau dah dalam kem cyberslave tu apa2 pun boleh jadik lah kot, kena rogol apa bagai..
Kalau ikutkan kes2 sebelum ni, diorang kena tebus diri sendiri dengan scam orang lain.. ada KPI kena dapatkan.. kalau tak, kena mintak family baayar kat agen.. sebab kat sana sindiket ni beli orang mcm dioranhg ni dari agent..

WAllahua'lam... Semoga kita dan keluarga kita dilindungi dari malapetaka sebegini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 23-10-2024 10:19 AM
Sebab masih ketat

Ketat tang mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
ultra78Muzakarah teliti hukum solat pakai telek
Views : 33002 Replies : 36
Makin banyak tanda suka, 'live' Fattah cetus fenomena
maklukpenggodaMakin banyak tanda suka, 'live'
Views : 47514 Replies : 117
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 71886 Replies : 752
Kereta tak bayar dah 8 bulan hendak ditarik.Pemilik mengamuk jahanamkan kereta
YgBenarKereta tak bayar dah 8 bulan hendak dita
Views : 27080 Replies : 42
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 8872 Replies : 65
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 92501 Replies : 3592
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109855 Replies : 6949
“Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Perasaan Keluarga Mangsa” – Buat Akaun TikTok & Tulis Ayat ‘Kerat 8’ Netizen Minta Abah Hayat Diam
Abahmung“Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Peras
Views : 46570 Replies : 104
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 73632 Replies : 688
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 216225 Replies : 612

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.053290 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list