CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28656|Reply: 9

Bertengkar dalam kedai emas, lelaki bawa anjing masuk pekarangan Kompleks PKNS

[Copy link]
Post time 23-10-2024 12:11 AM | Show all posts |Read mode





SHAH ALAM – Ketidakpuasan hati seorang lelaki terhadap layanan di sebuah kedai emas dipercayai menjurus kepada insiden provokasi membawa anjing memasuki pekarangan Kompleks PKNS di sini, baru-baru ini.


Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.20 pagi pada Khamis lalu dengan insiden tersebut tular menerusi video berdurasi 25 saat di aplikasi TikTok.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan mendapati suspek berusia 52 tahun itu telah mengikat seekor anjing peliharaanya di luar bangunan kompleks beli-belah itu.


Katanya, suspek kemudiannya pergi ke sebuah kedai emas di dalam kompleks tersebut untuk membeli emas seberat satu kilogram.


“Berang akibat tidak dilayan, suspek telah memarahi pekerja kedai emas dengan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga berlaku kekecohan.


“Orang awam berada di kedai emas tersebut telah bertindak membantu mententeramkan suspek dan telah berlaku pergelutan,” katanya dalam kenyataan malam ini.





Beliau memberitahu, pengawal keselamatan Kompleks PKNS telah meleraikan keadaan dan membawa suspek keluar dari bangunan.


Namun, kata beliau, suspek telah membuat provokasi dan cuba untuk membawa masuk anjing peliharaanya ke dalam bangunan.
tetapi gagal dan telah dihalang oleh pengawal keselamatan bertugas.


“Polis telah menerima tiga laporan pada hari kejadian yang dibuat oleh suspek dan saksi-saksi di tempat kejadian.


“Laporan polis yang dibuat suspek di siasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Manakala, laporan daripada saksi kejadian dijalankan mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” jelasnya.


Justeru, Mohd. Iqbal berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha ditalian 014-5130450 dan Penolong Penyiasat, Sarjan Rustam Eliah ditalian 019-6148034.


Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tindakan seorang lelaki membawa anjing peliharaannya di Kompleks PKNS di sini mengundang kecaman pengguna media sosial yang menganggap perbuatan itu sebagai kurang ajar dan tidak menghormati orang lain.




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia bawak anjing tu utk tolong lawan ckp dgn staff kedai emas tu ke? Sebab dia yg haiwan sebenarnya. Tak reti nak berckp elok2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Anjing adalah best friend.

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila ke?

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
dlm hal spt ini...Abah Hayat mungkin diperlukan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 10:47 AM | Show all posts
comel anjing dia..
nampak jenis yang suka main
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2024 10:58 AM | Show all posts
Aku syak dia ni saja nak provoke. Macam la ko baru duduk Malaysia semalam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 11:16 AM | Show all posts
Nak beli emas satu kilo?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 23-10-2024 12:50 AM
dlm hal spt ini...Abah Hayat mungkin diperlukan...

ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina memang kuat provok. Aku berdebat di facebook, cina sekor ni dok maki2 aku bila aku bagi fakta, berbanding debat dengan lelaki india sangat bertamadun dan sopan, dia bagi fakta dan aku pun bagi fakta. Takde dia nak maki2 hina org. Tapi lawaknya bila aku maki cina ni balik di fb, tup2 dia padam semua komen dia maki hina aku dan melayu, lepas tu dia report ke fb. Betul2 perangai cam babi. Ni yang org putih kata behave like swine, dah la makan babi perangai pun macam babi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.099924 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list