CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6932|Reply: 8

[Tempatan] Mahal tahap ‘Gaban’, Ahli Parlimen tak puas hati harga tiket penerbangan

[Copy link]
Post time 23-10-2024 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Mahal tahap ‘Gaban’, Ahli Parlimen tak puas hati harga tiket penerbangan

https://www.freemalaysiatoday.co ... -tiket-penerbangan/

Faiz Zainudin
22 Oct 2024, 07:10 PM


September lalu, Jemaah Menteri bersetuju teruskan dua inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ahli Parlimen Sarawak rayu dilaksana inisiatif ‘tiket Rahmah’ bendung harga tiket mahal dan atasi masalah penerbangan kerap tunda.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Malaysia Timur cadang kerajaan perkenal ‘tiket Rahmah’ bagi laluan domestik Semenanjung-Sabah-Sarawak.

Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) berkata ia perlu memandangkan harga tiket terlalu mahal sehingga menekan rakyat, malah kesannya turut dirasai wakil rakyat.


Willie Mongin.

“Barangan makan ada jualan rahmah kenapa tak ada jualan tiket kapal terbang Rahmah dari kerajaan Madani ini,” katanya ketika bangkit mencelah perbahasan Belanjawan 2025 Doris Sophia Brodie (GPS-Sri Aman), di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Doris bersetuju dengan cadangan diutarakan Willie sambil menyifatkan harga tiket penerbangan domestik dari Sarawak dan Sabah terlalu mahal tahap “Gaban”, selain sering mengalami gangguan penundaan waktu berlepas.


Doris Sophia Brodie.

“Tambang yang mahal tahap ‘Gaban’, dan ‘penyakit delay’ yang melarat tidak terubat, kalau pesawat Malaysia Airlines kelas ekonominya dari Kuching ke Kuala Lumpur sehala boleh mencecah lebih RM1,000,” katanya.

Beliau mendakwa, kelas perniagaan boleh mencecah sehingga lebih RM2,000 sehala.

“Sekarang perkataan ‘delay’ tak diguna…ganti istilah ‘retime’, apa bezanya…saya kurang pasti, yang pasti ‘flight’ ini lambat kadang-kadang sampai lima jam,” katanya.

Keselamatan pesawat

Beliau juga turut menyuarakan kebimbang kepada tahap keselamatan penerbangan memandangkan sering berlaku gangguan operasi penerbangan, membawa pesawat berpatah balik.

“Timbul soalan di kepala kita adakan kapal-kapal terbang sudah tidak selamat diguna disebab terlampau tua atau adakah disebabkan tidak cukup tenaga kepakaran hingga aspek teknikal dan keselamatan kapal-kapal terbang menjadi masalah.”

September lalu, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju meneruskan dua inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan.

Beliau berkata, dua inisiatif itu ialah bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar institut pengajian tinggi bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa) diteruskan; dan mengekalkan harga siling tiket penerbangan RM599 di antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak pada musim perayaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 10:23 AM | Show all posts
kemon gaban



Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 11:58 AM | Show all posts
ape asal usul istilah tahap gaban tu eh
dh mcm simpulan bahasa

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 12:06 PM | Show all posts

fuhhh classic disco 70s lagi

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
wujudkan balik FERI MSIA.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 12:12 PM | Show all posts

live version
power suara atok ni


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ini raya harga tiket turun mendadak dri rm500+ ke rm100+, tpi masa pkl 12tgh malam flight tambahan kn,
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 23-10-2024 12:12 PM
live version
power suara atok ni

gittewww keluar seketui gaban kat blkg
kalau ada kapa angkasa gaban dgn burung robot tu baru in

kenangan asal rabu taknak pergi koko belah ptg nak tgk gaban
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 01:28 PM | Show all posts
Banyak cekadak lak orang Borneo ni ko yang hadap nak menjajah malaya kan bayar la tambang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.304915 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list