Edited by Nfir at 23-10-2024 05:00 PM
Bahasa Melayu bukan bahasa yang evolving.
Bahasa Melayu bukan bahasa pendidikan. Sebahagian besar teks pendidikan di dunia bukan dalam Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu dalam perbincangan pendidikan juga terhad. Mungkin setakat di Malaysia saja.
Bahasa Melayu juga bukan bahasa perdagangan.
Apabila sesuatu bahasa itu bukan bahasa ilmu dan bahasa perdagangan … tentulah vocabulary dalam bahasa tersebut tidak berkembang.
Dalam article English, mereka menggunakan terms berikut untuk merujuk kepada ‘maha kaya’:
1) Super rich
Free Malaysia Today : Tabling the budget, Anwar said foreigners and the top 15% of consumers, whom he essentially dubbed as super rich, enjoyed 40% of the government’s RON95 subsidies.
2) Ultra rich
The Star : Unfair to brand everyone in T15 group as 'ultra rich', says Dr Wee
Untuk menggambarkan kelompok 15 yang teratas, penggunaan frasa ‘ultra rich’ bukan suatu frasa yang tepat.
In English, ‘ultra rich’ mempunyai konotasi individu yang sangat kaya. Contohnya, billionaire. Atau, seorang yang mempunyai asset bernilai ratusan juta.
Ini contoh penggunaan ‘ultra rich’:
The unorganised state of Ultra High Net Worth wealth – Tajuk article di website HSBC Private Banking
3) Ada juga artikel English yang menggunakan term seperti ‘uber wealthy’, ‘top wealthy’, atau ‘extremely wealthy’.
+ + +
Term ‘maha kaya’ tidak relevan dengan orang Cina dan orang India. Non-Malay di Malaysia tidak membaca artikel dalam Bahasa Melayu.
Term ‘maha kaya’ juga tidak relevan dengan orang Melayu yang lebih banyak membaca New Straits Times dan The Star. Masalah ini tidak wujud dalam artikelEnglish.
Term ‘maha kaya’ ini hanya relevan dalam konteks penulisan dan komunikasi untuk orang Melayu yang perlu menggunakan Bahasa Melayu.
Kalau orang Melayu tak suka dengan term ‘maha kaya’, apa frasa yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk menggambarkan maksud seperti yang disampaikan dalam artikel English?
+ + +
Dalam konteks subsidi bersasar, rakyat dibahagikan kepada ratio 15:85. Ratio ini bermaksud:
Kumpulan 15% : 15% rakyat di Malaysia dikategorikan sebagai individu yang paling senang dalam Malaysia. Lalu subsidi untuk mereka dikurangkan.
Individu senang = Orang yang ada kehidupan yang senang dalam aspek kewangan.
Mereka ada pendapatan yang tinggi untuk menampung perbelanjaan essential di sesuatu kawasan. Contohnya, jika mereka duduk di KL, mereka mempunyai pendapatan yang tinggi untuk mewujudkan kehidupan yang senang dan berkualiti di KL.
Jumlah tanggungan mereka juga adalah rendah, i.e. mempunyai jumlah anak yang sedikit atau tidak perlu membiayai perbelanjaan ibu-bapa sendiri.
Kumpulan ini masih menerima subsidi. Contohnya, jika mereka menghantar anak belajar di SMK atau SMJK, mereka akan menerima subsidi pendidikan seperti biasa. Bukannya mereka tidak menerima subsidi langsung.
Cuma, dalam sesetengah keadaan, subsidi untuk mereka dikurangkan atau ditiadakan. Contohnya:
1) Pembayaran RON95 - Ditiadakan subsidi
2) Yuran SBP - Dikurangkan subsidi
3) Yuran IPTA - Dikurangkan subsidi
Kumpulan 85% : Ini merujuk kepada 85% daripada rakyat Malaysia. Ini adalah kumpulan rakyat yang masih memerlukan subsidi seperti biasa. Kumpulan ini tidak terkesan dengan pelaksanaan polisi subsidi bersasar. |