CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32455|Reply: 7

[Tempatan] ‘Bukan gambar X-ray, tetapi jalan raya Sabah’, Ahli Parlimen rayu dana khas baiki lampu

[Copy link]
Post time 23-10-2024 05:44 PM | Show all posts |Read mode
‘Bukan gambar X-ray, tetapi jalan raya Sabah’, Ahli Parlimen rayu dana khas baiki lampu

https://www.freemalaysiatoday.co ... a-khas-baiki-lampu/

Nora Mahpar
23 Oct 2024, 04:10 PM


Lo Su Fui (GRS-Tawau) menunjukkan kepada Dewan Rakyat gambar keadaan jalan persekutuan yang gelap di Sabah, yang menurutnya menyebabkan banyak nyawa terkorban.

Lo Su Fui (GRS-Tawau) minta kerajaan kembali dana, bidang kuasa kepada kerajaan negeri jika gagal selenggara lampu jalan sepanjang 1,400km.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Sabah menggesa Putrajaya memperuntukkan sejumlah dana khas secara tahunan bagi menyelenggara lampu jalan persekutuan di negeri itu, yang menurutnya menjadi masalah yang masih gagal diselesaikan walaupun sudah banyak nyawa terkorban.

Lo Su Fui (GRS-Tawau) berkata, sekiranya kerajaan pusat gagal memberi komitmen melaksanakan tanggungjawab menyelenggara lampu jalan di sepanjang 1,400km jalan persekutuan di Sabah, tugas itu boleh diserahkan kepada pentadbiran negeri.

“Inilah keadaan jalan raya di Sabah, gelap gelita … Ahli Parlimen dan rakan-rakan tanya, ini gambar X-ray atau galaksi? Saya kata bukan, inilah keadaan jalan raya yang gelap gelita di Sabah.

“Jadi, Sabah ingin peruntukan dan komitmen tetap dari persekutuan untuk menyelenggara lampu jalan sepanjang 1,400km, atau kembalikan dana dan bidang kuasa kepada kerajaan negeri.

“Masalah ini sepatutnya diselesaikan lama dahulu kerana banyak sudah nyawa rakyat berkorban sehingga sekarang .. ini bukan isu kemajuan atau kemunduran, ini soal hidup dan mati,” katanya dalam perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

Beliau turut berasa kecewa kemunduran di Sabah dan Sarawak masih gagal diberi keutamaan oleh Putrajaya apabila dua negeri itu hanya menerima 14.6% peruntukan pembangunan daripada RM86 bilion.

“Sabah, Sarawak sepatutnya mendapat lebih banyak peruntukan untuk membangunkan infrastruktur setaraf Semenanjung,” katanya.

“Peruntukan yang diterima Sabah, Sarawak jika digabungkan, hanya 14.6% daripada RM86 bilion, bermakna sebanyak 85.3% dinikmati Semenanjung.”

Lo turut meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyegerakan pembinaan balai bomba baharu di Tawau,

Menurutnya, balai sedia ada sudah tidak mampu menampung kepadatan penduduk yang turut meliputi lebih 55,000 rumah atas air.

“Balai bomba Tawau ketika ini perlu jaga kawasan seluas 6,146.6km persegi, termasuk hampir 55,000 rumah atas air dengan anggaran satu juta penduduk. Jadi mohon KPKT mempercepat peruntukan dana untuk menaik taraf balai bomba sedia ada serta membina balai bomba baharu di tapak yang sudah disediakan.

“Tambah kakitangan dan jentera … peralatan moden seperti dron pemadam api juga diperlukan segera, memandangkan Tawau mempunyai kawasan setinggan terbesar di Malaysia,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 12:00 PM | Show all posts
bajet ada tapi lesap

lepas tu kecoh sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini mcm.cahaya di hujung terowong
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mp mp sabah srwk diberi peruntukan pun korang cekau duit tuh.. buat projek pn duk cekau duit .. rakyat korang sengsara salahkan sini... Cube tak ambik rasuah.. mmg dh lame maju sabah srwk tu kot.. y kaya mesti korang2 jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Isninselasarabu replied at 24-10-2024 02:36 PM
Dah mp mp sabah srwk diberi peruntukan pun korang cekau duit tuh.. buat projek pn duk cekau duit ..  ...

Tu la pasai
#Orng Swk memang rasis....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2024 02:50 PM | Show all posts
Hajiji take note ye

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 02:51 PM | Show all posts
Isninselasarabu replied at 24-10-2024 02:36 PM
Dah mp mp sabah srwk diberi peruntukan pun korang cekau duit tuh.. buat projek pn duk cekau duit ..  ...

salahkan di mana?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.048869 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list