CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 36017|Reply: 51

[Dunia] Tupperware diisytihar bankrap

[Copy link]
Post time 23-10-2024 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Tupperware diisytihar bankrap

https://www.bharian.com.my/dunia ... -diisytihar-bankrap

Oktober 23, 2024 @ 4:33pm


Pergantungan berat Tupperware pada jualan bebas menyebabkan kemerosotan jualan yang berpanjangan dan terlepas peluang dalam pasaran dalam talian dan runcit. - Foto AFP

NEW YORK: Tupperware Brands (Tupperware) syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur popular yang diisytiharkan bankrap semalam, bersetuju untuk menjual perniagaannya kepada sekumpulan pemberi pinjaman dengan harga AS$23.5 juta (RM102.1 juta) secara tunai dan lebih AS$63 juta (RM273.8 juta) dalam bentuk 'diskaun hutang'.

Ia sekali gus membatalkan rancangan syarikat itu untuk melelong asetnya secara terbuka.

Tupperware mengumumkan perjanjian terbabit sewaktu sesi pendengaran mahkamah kebankrapan di Wilmington, Delaware.

Hakim kebankrapan Amerika Syarikat (AS), Brendan Shannon, berkata beliau akan segera menjadualkan sesi pendengaran mahkamah berasingan untuk mempertimbang kelulusan penjualan aset syarikat terbabit.

Jelasnya, ia langkah terbaik mengambil kira situasi sukar dan mencabar syarikat Tupperware.

Tupperware, syarikat yang berpangkalan di Orlando, Florida, memfailkan perlindungan kebankrapan bulan lalu, dengan tanggungan hutang sebanyak AS$818 juta dan mengemukakan rancangannya untuk mencari pembali dalam tempoh 30 hari.

Bagaimanapun, terdapat satu kumpulan pemberi pinjaman kepada Tupperware yang menentang rancangan penjualan syarikat terbabit, termasuk menyuarakan keinginan untuk menuntut aset.

Dengan perjanjian baharu ini, ia akan membolehkan pemberi pinjaman membeli nama jenama dan operasi Tupperware di beberapa pasaran utama, kata peguam syarikat itu, Spencer Winters, dalam pendengaran mahkamah.

Tupperware memaklumkan mereka akan memberi tumpuan awal terhadap pasaran termasuk AS, Kanada, Mexico, Brazil, China, Kore, India dan Malaysia, disusuli pasaran lain antaranya di Eropah dan Asia lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Tupperware, Laurie Ann Goldman, dalam satu kenyataan semalam berkata, syarikat akan menamatkan operasi di pasaran yang mempunyai liabiliti yang tinggi.

Semasa pendengaran mahkamah minggu lalu, Tupperware berhujah bahawa pemberi pinjaman iaitu pihak membeli Tupperware dengan diskaun tinggi tidak seharusnya dibenarkan mengeluarkan pemiutang lain.

Selain itu, mereka juga dihalang daripada mendapat manfaat daripada hasil jualan.

Di pihak pemberi pinjaman yang turut berhujah dalam sesi sama berkata, lelongan yang dicadangkan oleh Tupperware akan menghalang mereka daripada menggunakan pertukaran hutang sebagai sebahagian tawaran untuk mendapatkan aset Tupperware.

Syarikat pemberi pinjaman yang kini bersedia mengambil alih Tupperware termasuk Alden Global Capital, Stonehill Institutional Partners dan Bank of America. - REUTERS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
So lps ni tupperware dh takde ke...untung la acik2 collectors...blh jual collection lepas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Uik..yg kedai2 tapawer kt Malaysia ni cemana
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang patut pon

Dah takde orang pakai tupperware dah.. semua pakai chatgpt dah srkarang
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 06:21 PM | Show all posts
saya guna tipuware je
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 23-10-2024 06:21 PM
saya guna tipuware je

tipu wey..akak mesti beli kt kedai 2 hinggit tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2024 06:24 PM | Show all posts
harap harap amway masih bertahan, ramai yg join amway
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 06:24 PM | Show all posts
Skuau replied at 23-10-2024 06:23 PM
tipu wey..akak mesti beli kt kedai 2 hinggit tu...

benda dapat free, buat apa beli uiii

dah pecah kang buang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp iols suka botol air tupperware. Dia punya spec tu 5 atau 7 so safe for reuse.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 07:07 PM | Show all posts
baru kool fm buat party tupperware
kemain meriah
nampak rancak je org dok jual tupperware di msia ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 07:18 PM | Show all posts
mak iols collect tupperware sampai penuh 10 pintu kabinet iya
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 23-10-2024 07:18 PM
mak iols collect tupperware sampai penuh 10 pintu kabinet iya

Mak mertua aku pon gini la.. bersusun, berderet, bertingkat-tingkat. Pak mertua aku dah penat tegur jangan simpan, nanti dah mati x sempat nak merasa.
Aku ada beli la beberapa set tapi memang aku lenjan pakai kat rumah. Aku pelik tengok orang beli tupperware tapi tak pakai ni. Mak mertua aku pulak pelik sebab aku selamba je bagi anak & laki aku pakai tupperware  isi bekal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Teperwer ni kan sebenarnya byk bg emosi.
Contoh, mak2 tuduh acik kliner rembat botol air yg tgal kat kentin.

Menantu mkn hati bila bwk lauk bila berkumjumg ke rumah mertua. Bekas lauk tu kira burn je x pulang kan.

Somi ketakutan lupa bwk balik bekas.

Mcm2 kes dgr dgn bekas makanan brand ni. Tuan punya masih setia membeli wpon boleh je guna tipuwer. Jd meols rasa taperwer ni bangkrap hasil sumpahan org2 yg guna bekas ni juga lah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 08:05 PM | Show all posts
azimodin replied at 23-10-2024 07:33 PM
Mak mertua aku pon gini la.. bersusun, berderet, bertingkat-tingkat. Pak mertua aku dah penat tegu ...

mak iols guna semua tupperware dia, bukan saja2 collect, tp penuh la 10 kabinet........ ms psg kabinet 10 pintu tu 20 tahun dulu dekat 3k juga la kos nk memasangnya.... pd iols pn ad byak bekas2 tupperware mak iols bg, dia siap pesan kalau rosak ke simpan nanti dia nak pi claim yg baru dgan tupperware... selalunya penutup la buka tutup byak kali lama2 dia mcm koyak.... botol air pun smpai skrg iols bawak tupperware pi ofis walaupun tiap kali nak cuci azabbbb muncung kecik kena guna berus sental betul2
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
membesar dgn koleksi tupperware mak. laa ni selalu dpt hadiah tupperware dri kawan².
jarang sgt membeli.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa sedih pulak.sbb byk kenangan.takpela bukan  boleh bawak mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kat sekolah, budak 'ter'tinggal botol air tupperware cikgu2 tolong simpankan, kesian kena marah dengan mak dia nanti kalu hilang botol tu. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 04:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tupperware ni colorful sgt. Tak cun!
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok guwe nak beli.. Lantok la orang kata.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.211171 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list