View: 32794|Reply: 22
|
'T15 itu siapa? Ini masalahnya bila umum dulu, fikir kemudian' - Syed Saddiq
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi kepada T15 akan memberi tekanan kepada golongan wanita terutama bagi pasangan suami isteri bekerja.
Sambil menggunakan anologi pendapatan isi rumah RM13,000 yang dianggarkan melangkaui ambang T15, Syed Saddiq menekankan dasar itu akan menjejaskan keluarga itu sekiranya dilaksanakan.
"Bayangkan alternatif yang kerajaan umumkan pada hari ini. (Jika) suami bergaji RM7,000, isteri hanya bergaji RM6,000 (jumlahnya) melangkaui nilai ambang masuk ke T15. (Menyebabkan) ketiga-tiga subsidi iaitu petrol, pendidikan dan kesihatan tak dapat.
"Dengan implikasi itu, akan ada tekanan yang datang ke keluarga itu sendiri khususnya daripada suami untuk isteri berhenti kerja dan akhirnya ada seorang saja gaji untuk keluarga itu," katanya pada sesi perbahasan Peringkat Dasar Bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.'
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, dasar itu akan menyaksikan golongan wanita bekerja terpaksa meninggalkan kerjaya mereka demi kebajikan keluarga.
"Kenapa dasar ini berlaku? kerana apabila jurang subsidi itu sangat besar, kerana ini bukan subsidi petrol, kalau ada dua kereta satu rumah, kamu akan hilang dalam RM500 sebulan.
"Subsidi pendidikan, nak masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kalau kena bayar market rate, beribu-ribu, masuk ke universiti tetapi kerajaan beri subsidi RM70,000 (tetapi) bayangkan kalau subsidi ini akan hilang.
"Bayangkan akhirnya akan ada moral hazard implikasi) kalau dasar ini diteruskan, kalau kita tak ambil kira isu pendapatan isi rumah yang melibatkan suami dan isteri secara kolektif bersama," katanya.
Katanya, amalan membuat pengumuman dahulu dan berfikir kemudian harus dihentikan kerana langkah ini akan menimbulkan kegelisahan kepada rakyat.
"T15 itu siapa? Ini masalahnya bila umum dulu, fikir kemudian. Sebab rakyat dah dengar ucapan Perdana Menteri, dah dengar apa yang mereka bakal hilang.
"Tapi sekarang bila didesak, tak apa kita (kerajaan) fikirkan dulu (tetapi) sebab rakyat dah gelisah," katanya.
Beliau berkata, ketiadaan data terkini dan terbaru juga akan menjadikan dasar dilaksanakan itu tidak berkesan.
"Mungkin Yang Berhormat Menteri (Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli) hendak guna cara sama, saya ingat sebelum ini dalam wawancara Bloomberg bila nak naikkan diesel, dia kata tak apa kita kejutkan rakyat.
"Sekarang, mungkin dia nak guna taktik sama, tetapi taktik itu lapok dan jelas gagal.
"Ingat pendaftaran Budi Madani, kerajaan kata tak akan ada golongan tercicir tetapi realitinya sampai ke hari ini lebih 50 peratus orang layak dapat masih tidak berdaftar dan tercicir iaitu orang susah terkesan.
"Itu diesel mungkin ramai tidak guna, bayangkan RON95, kesihatan, sekolah, universiti lagi ramai yang guna sebab itu jangan guna taktik terkejutkan rakyat akhirnya yang terkejut kamu jikalau rakyat hukum kamu pada masa akan datang," katanya.
Katanya, rakyat juga masih ternanti-nanti perincian Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) biarpun pelaksanaannya sudah menjangkau dua tahun dan menelan belanja RM85 juta.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
tolonglah lawan kerajaan bangnon ni.. merapu sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
Awat yg rata2 mengaku kaya bergaya mengelabah ke? Kalau dr mula baca hal ni kuar dan faham, 13k tu average salary seluruh malaysia kalau x idok le dia kuarkan chart kat kl selangor johor penang bagai gaji berapa. Semua dah sedap subsidi bila kuar citer mcm ni mengelupur sorang2. |
|
|
|
|
|
|
|
lantak la naik berapa pun...thn depan aku g ofis jln kaki..benda lain plak naik...pandai2 la jimat... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah terfikir benda apa nak jimat ni..skrg naik motor g keje, takkan lps ni nak kena naik basikal kot! |
|
|
|
|
|
|
|
13k sebulan tu patut ke nak label mahakaya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pendapatan isi rumah lebih RM13,000 dah naik status mahakaya? Gila apa..
Kalau pendapatan isi rumah lebih daripada RM25k logik juga la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak de siapa yg label mahakaya, dalam artikel awal2 keluar hal ni, dia sebut T15 (top 15%). Yg sibuk dgn rethorik mahakaya gaji 13k tu siapa yg start kan? Padahal dalam artikel rujuk 13K to sebagai gaji average penduduk Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maha kaya tu kalau level-level beli barang tak tgk price tag..ni pegang pun cover-cover belek pastu letak balik...ko ghaser...anak-anak menteri, jusa, ceo tu bolehlah ko kata T12 - T20. Even businessman cainis pun kalau boleh tak nak org tau dia kaya walaupun mmg berduit sbb dorang rugi byk nanti. RM13k kalau anak 2-3 tgh membesar, renti kanlah cakap T13. Tolak komitmen hari gaji terus masuk bifoti. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini masalahnya bila umum dulu, fikir kemudian.
aku suke ayat ni je utk merujuk pd sistem parking melaka skrg... apps belum berapa lancau dia dah keluarkan & suruh guna, sudahnye ramai yg kne saman sbb apps tu.. sme la mcm syed sadik ckp ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
iols kalau jalan kaki pg opis, confirm kena lenyek kat hiway
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi memang pon weii..kerajaan sekrng cakap dulu...fikir & buat tu kemudiaannn...
Contoh plkn nak adakan semulaa. .pastu yg dia suruh daftar ape ntah awal tahun tu utk subsidi petrol ke hape tu...sekrng benda2 tu semua senyap |
|
|
|
|
|
|
|
'Bekas menteri termuda patut sedia maklum proses siapkan belanjawan'
Diterbitkan: Oct 23, 2024 8:52 AM
Belanjawan akan mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan sekiranya setiap butiran perlu diperincikan sebelum dibentangkan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Dia berkata Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sepatutnya maklum mengenai perkara ini sebelum mengkritik pengumuman menarik balik petrol RON95 bersubsidi bagi golongan berpendapatan 15 peratus teratas (T15).
Rafizi berkata, cadangan belanjawan adalah penyataan hasrat dan rancangan kerajaan untuk tahun hadapan, justeru angka yang dibentangkan hanyalah unjuran dan anggaran.
“Bukannya kita dah buat spesifikasi bangunan, lantik kontraktor, baru dimasukkan dan diumumkan di dalam belanjawan. Kerajaan menyatakan rancangan pendapatan dan perbelanjaan yang melibatkan dasar-dasar dan projek-projek pada anggaran awal untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat.
"Selepas diluluskan, kerajaan kemudian menggunakan kelulusan itu untuk memperincikan projek-projek untuk dilaksanakan termasuklah membuka tender, melantik kontraktor dan sebagainya.
"Kalau ikut Syed Saddiq yang semuanya perlu diperincikan dan telah dimuktamadkan baru boleh umum di dalam belanjawan, maka bertahun-tahunlah baru kita boleh siapkan satu belanjawan dan berjilid-jilid buku belanjawanlah yang perlu dicetak untuk setiap seorang ahli parlimen.
"Sepatutnya, beliau sedia maklum proses ini sebab beliau pernah menjadi menteri termuda," katanya dalam video yang dimuat naik di media sosial malam tadi.
Rafizi juga menafikan dakwaan bahawa kerajaan tidak memikirkan rancangannya untuk menarik balik subsidi daripada golongan berpendapatan T15.
Sebaliknya, pelbagai cadangan dan kaedah untuk mentakrifkan kumpulan T15 telah dibincangkan di pelbagai peringkat kerajaan.
“Sekarang, setelah kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan penyasaran semula subsidi RON95 dengan garis masa yang jelas, kaedah yang dimuktamadkan itu akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri.
"Setelah semuanya telah diharmonikan dan perincian pelaksanaan itu mendapat kelulusan Jemaah Menteri, maka barulah ia boleh diumumkan kepada rakyat," katanya.
Dia juga mengulangi bahawa takrifan T15 tidak akan berdasarkan pendapatan kasar semata-mata, dan kerajaan sebaliknya sedang berusaha pada langkah yang lebih adil yang akan mengambil kira faktor sosio-ekonomi yang lain.
Dia menyatakan bahawa kos sara hidup tidak ditentukan oleh pendapatan semata-mata tetapi juga oleh saiz isi rumah, lokasi, tanggungan, dan banyak lagi.
Semasa ucapan belanjawannya Jumaat lalu, Menteri Kewangan Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan subsidi RON95 yang disasarkan mulai pertengahan tahun depan, namun, katanya, 85 peratus penduduk tidak akan terjejas.
Selepas Rafizi dilaporkan berkata definisi kumpulan T15 yang akan dikecualikan daripada subsidi masih ditakrifkan, Syed Saddiq mempersoalkan mengapa pengumuman itu dibuat sebelum butirannya disediakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols takde upgrade apa dah... nak beli kereta baru pun fikir banyak kali. mujur kereta jepun iols tu walaupun dah lebih 10 tahun masih gagah.
yang mungkin kena cantas nanti adalah asteruk.... sbb iols subscribe sekali dengan internet.
rumah pun masih yang sama, apa yang ada sekali semua keperluan asas.
hidup tidak susah, kaya sangat pun tidak... tapi sederhana sebab iols takut kalau jatuh tinggi sangat, belum tentu iols boleh bangun dan berdiri... setakat terpelecuk tu mampu lagi nak survive, insya Allah |
|
|
|
|
|
|
|
hahhaha....iols ddk kuarters thn depan...paling2 pun nak bwk vespa
|
|
|
|
|
|
|
|
Shatap la saddiq
Kes ko apa cite |
|
|
|
|
|
|
|
BungaKencana replied at 24-10-2024 11:48 AM
Ini masalahnya bila umum dulu, fikir kemudian.
aku suke ayat ni je utk merujuk pd sistem parking me ...
Xleh blah..PADU. beria paksa gomen servant isi padu sblm sekian2 tarikh..aku?nk isi goner..ble laki x lps nk verify..kita sebagai spouse pun xleh nk anta..so..aku pun buat bodo |
|
|
|
|
|
|
|
PADU ngarut.. kalau ddk serumah tu kalau sorang dah isi, nnt yg lain2 da xblh isi wlpn dia bujang.. kwn aku kne... terpksa la dia guna alamt rumah dia yg disewakan tu... budu betul
|
|
|
|
|
|
|
| |
|