CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32306|Reply: 2

[Dunia] Rusuhan berlaku selepas polis tembak lelaki kulit hitam

[Copy link]
Post time 23-10-2024 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-10-2024 07:43 AM




Rusuhan berlaku selepas polis tembak lelaki kulit hitam

Oktober 23, 2024 @ 3:22pm



Polis Portugis berkata mereka akan menyiasat sama ada kekerasan berlebihan telah digunakan semasa tembakan itu. - Foto AFP



LISBON: Kawasan pinggir ibu kota Portugal berantakan dua hari berturut-turut, berpunca kejadian seorang lelaki kulit hitam ditembak mati oleh polis.
Ia mengakibatkan sekumpulan perusuh membakar bas dan sampah, selain bertindak melontarkan batu.

Kekacauan bermula di sebuah kawasan pelbagai budaya di pinggir bandar Amadora di sini, selepas seorang lelaki berusia 43 tahun ditembak mati oleh polis pada awal pagi kelmarin.

Media melaporkan sekitar 30 orang turun ke jalanan pada malam kelmarin. Bagaimanapun, tidak jelas berapa ramai keluar pada malam kedua.
Tiga orang ditahan, dengan dua anggota polis dan dua individu lain cedera, kata pihak berkuasa.Ekoran itu, polis antirusuhan dikerahkan dan anggota bomba memadamkan kebakaran.

Menurut kenyataan polis, mangsa tembakan melarikan diri dan merempuh kereta selepas melihat kehadiran kenderaan polis.

Apabila polis mendaki, dia cuba menyerang anggota dengan senjata tajam sebelum ditembak dan meninggal dunia di hospital.
Bercakap kepada siaran televisyen tempatan, beberapa penduduk mendakwa polis menggunakan kekerasan berlebihan.

Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia, SOS Racismo mendakwa lelaki itu tergolong orang kulit hitam yang dibunuh oleh polis.
Polis berkata pihaknya akan menyiasat sama ada anggotanya ada menggunakan kekerasan berlebihan.

Menteri Dalam Negeri, Margarida Blasco, menegaskan akan mengambil semua usaha diperlukan untuk mengheret perusuh ke muka pengadilan. - REUTERS








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2024 11:46 PM | Show all posts
Di uk juga hampir menjadi perkara yang sama selepas polis menembak mati seorang penjenayah berkulit hitam.

Inilah masalah dengan bangsa ini kononya mereka menjadi mangsa kerana warna kulit.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.056792 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list