CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13121|Reply: 3

[Tempatan] PKR mahu gerakkan tenaga pakar dalam parti bantu menteri

[Copy link]
Post time 24-10-2024 08:55 AM | Show all posts |Read mode
PKR mahu gerakkan tenaga pakar dalam parti bantu menteri

https://www.malaysiakini.com/news/723721

Hariz Mohd
Diterbitkan:  Oct 23, 2024 8:15 PM
Dikemaskini: 8:15 PM



WAWANCARA | PKR akan menggerakkan kumpulan pemikir, cendekiawan dan sukarelawan parti itu untuk memberi sokongan kepada anggota kabinet mereka berkhidmat dalam portfolio masing-masing.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata itu adalah antara inisiatif baru yang akan dilaksanakannya sebagai usaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan mereka kepada rakyat.

Dia yang baru dilantik ke jawatan tersebut pada 15 Sept lalu berkata, ada ramai tenaga berkepakaran yang boleh dimanfaatkan oleh parti bagi membantu kerajaan.

"Saya berhasrat membantu menteri-menteri dari PKR dengan menggembleng segala sumber parti yang terdiri daripada kalangan anggota agar membantu mereka dalam portfolio masing-masing

"Bantuan itu mungkin dalam bentuk think tank (kumpulan pemikir), penyelidikan dan sebagainya.

"PKR memiliki ramai pakar yang boleh memberikan pandangan, input sebagai tambahan kepada apa yang disediakan oleh pihak kerajaan," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Temu bual itu diadakan sempena pelantikannya sebagai setiausaha agung baru PKR bagi menggantikan Saifuddin Nasution Ismail yang berundur bagi membolehkan dia menumpukan usahanya sebagai Ketua Setiausaha PH.

Selain Anwar sebagai perdana menteri, terdapat tujuh pemimpin PKR yang berkhidmat sebagai anggota kabinet iaitu Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi, Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam), Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi), Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan, Dr Zaliha Mustafa (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Wilayah Persekutuan) dan Saifuddin (Menteri Dalam Negeri).

PKR juga menduduki enam kerusi timbalan menteri, termasuk Fuziah sendiri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Menurut Fuziah, langkah tersebut perlu diambil kerana harapan orang ramai kepada kerajaan perpaduan begitu tinggi.

Katanya PKR perlu memberikan sokongan kepada pasukan kerajaan dan selaku setiausaha agung dia boleh memainkan peranan tersebut.

Senator itu menambah, PKR mempunyai sejumlah besar sumber manusia yang perlu dimanfaatkan potensi terbaik mereka termasuk memudahkan kerajaan pimpinan Anwar proses membuat keputusan mereka.

Pada masa sama, bekas Ahli Parlimen Kuantan itu menegaskan, bantuan, sokongan dan input yang diberikan oleh tenaga pakar dari PKR tidak bersifat mengikat menteri terbabit, sebaliknya sekadar pandangan serta nasihat.

"Tetapi sekurang-kurangnya ia memberi perspektif kepada menteri PKR mengenai reformasi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 09:09 AM | Show all posts
ya.. kroni merayap masuk dalam kerajaan membantu para menteri yang tak perform, tak tau nak buat kerja..

Bukan harapan rakyat kepada kerajaan perpaduan begitu tinggi, tapi ketidakpuasan hati dan meluat dengan menteri2 yang tak reti bezakan mentadbir dan berpolitik. Selalu melangkaui portfolio, bagi kenyataan media merapu2 walaupun isu tu bukan dibawah tanggungjawab dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:18 AM | Show all posts
Tun M dulu ambil pakar dalam bidang masing2 tubuhkan think tank untuk majukan Malaysia, bukan kutip pakar ikut dan partisan. Tak payah la nak mention hire pakar dari dalam parti. Hangpa tu kerajaan, patut kenyataan macam ni tak keluar dari mulut hangpa.

Tu la, jiwa pembangkang tu terlalu tegar dalam diri. Mentadbir dan berpolitik pun tak tau beza.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak jawatan lettew
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.226165 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list