CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13170|Reply: 0

[Tempatan] Subsidi RON95: Berhenti guna taktik kejutkan rakyat - Syed Saddiq

[Copy link]
Post time 24-10-2024 09:02 AM | Show all posts |Read mode
Subsidi RON95: Berhenti guna taktik kejutkan rakyat - Syed Saddiq

https://www.malaysiakini.com/news/723742

Diterbitkan:  Oct 24, 2024 8:57 AM
Dikemaskini: 8:57 AM



Kerajaan harus berhenti menggunakan taktik yang mengejutkan rakyat dengan pengumuman dasar yang belum difikirkan sepenuhnya, kata Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bekas presiden Muda itu dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 semalam sekali lagi menjawab Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang membidas hujah awalnya berdasarkan ucapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Belanjawan 2025 Jumaat lalu.

“Inilah masalahnya apabila kita umumkan dahulu dan fikir kemudian. Ini masalah kerana rakyat dah dengar ucapan perdana menteri.

“Rakyat sudah mendengar apa yang mereka bakal hilang. Dalam fikiran mereka, petrol - kalau satu rumah ada dua kereta, suami dan isteri - RM500 sebulan. Hilang subsidi kesihatan, hilang subsidi pendidikan,” tegasnya.

“Mungkin menteri nak guna cara sama. Saya ingat sebelum ini bila dia nak naikkan diesel, dia kata, tak apa kita akan kejutkan rakyat,” tambahnya.

Semasa ucapan belanjawannya Jumaat lalu, Anwar mengumumkan kerajaan akan melaksanakan subsidi RON95 yang disasarkan mulai pertengahan tahun depan, namun menegaskan 85 peratus rakyat akan terus menikmati subsidi.

Selepas Rafizi dilaporkan berkata definisi kumpulan T15 yang akan dikecualikan daripada subsidi masih ditakrifkan, Syed Saddiq mempersoalkan mengapa pengumuman itu dibuat sebelum butirannya disediakan.

Rafizi bagaimanapun menegaskan bahawa cadangan belanjawan itu adalah kenyataan hasrat dan rancangan kerajaan untuk tahun akan datang, jadi angka yang dibentangkan hanyalah unjuran dan anggaran.

Di Dewan Rakyat, Syed Saddiq sekali lagi berkata pengumuman tanpa garis panduan yang jelas telah mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Syed Saddiq turut mengingatkan Rafizi bahawa RM85 juta telah dibelanjakan untuk pembangunan Hab Pangkalan Data Pusat (Padu) tetapi akhirnya pangkalan data Budi Madani yang berasingan diperlukan untuk mengagihkan subsidi bersasar seperti bantuan tunai diesel.

“Apabila melaksanakan subsidi diesel disasarkan, kerajaan tidak mengikuti (data) Padu […] Untuk diesel, mereka menggunakan klasifikasi di bawah Budi Madani.

“Jadi sekarang rakyat di bawah akan menggunakan klasifikasi yang sama sehingga kerajaan mengemukakan alternatif (takrifan) baru,” hujahnya.

Rafizi sebelum ini mempertahankan penubuhan pangkalan data Budi Madani sebagai tambahan kepada Padu, menyatakan bahawa Padu memberi tumpuan kepada penerima individu manakala Budi Madani mengukur pendapatan isi rumah.

Pada Jun lalu, Rafizi berkata kerajaan akan menggunakan strategi sama, iaitu dengan tidak membuat makluman awal kepada umum berkenaan sebarang keputusan berkaitan penyelarasan subsidi petrol RON95.

Bercakap dengan pemberita di acara Forum Ekonomi Dunia di Dalian, China, Rafizi berkata demikian ketika ditanya jika langkah itu akan dilaksanakan pada tahun ini, dan pengumuman awal akan dibuat.

"Kita tidak akan dedahkan rancangan kita, seperti mana kita kejutkan semua orang dengan diesel.

"Sama seperti kita kejutkan semua orang dengan diesel, saya fikir ada satu lagi kejutan untuk orang ramai," katanya seperti dipetik organisasi berita kewangan, Bloomberg.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.052077 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list