CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5585|Reply: 0

[Tempatan] Wanita reka cerita dipaksa jadi pelacur dalam ‘podcast’ didakwa esok

[Copy link]
Post time 24-10-2024 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Wanita reka cerita dipaksa jadi pelacur dalam ‘podcast’ didakwa esok

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... dcast-didakwa-esok/

Oleh SAFINA RAMLI
24 Oktober 2024, 2:21 pm


Tangkap layar podcast di TikTok yang memaparkan pendedahan wanita tersebut.

GEORGE TOWN – Seorang wanita yang mendakwa dia dipaksa menjadi pelacur oleh sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau along di negeri ini menerusi sesi audio siar (podcast) di TikTok baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, tindakan tidak bertanggungjawab wanita tersebut sebelum ini telah mnimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat umum.

“Wanita tersebut akan didakwa di mahkamah esok dan pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan. Video tersebut telah dipadam oleh individu yang memuat naik kandungan tersebut di laman sosial (TikTok),” katanya di sini hari.

Sebelum ini, seorang wanita berusia 26 tahun menghubungi pengendali podcast di TikTok dan mendakwa dia berada di Pulau Pinang serta dipaksa menjadi pelacur sejak Februari lalu selepas bapanya berhutang dengan ceti haram.

Susulan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan kisah wanita tersebut adalah tidak benar selepas pihaknya menjalankan siasatan terperinci. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.055634 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list