View: 36167|Reply: 4
|
Pantai Timur terlalu jauh untuk terima tempias taufan Trami - Penyelidik Meteorologi
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU – Taufan Trami yang kini sedang melanda Filipina tidak mungkin boleh mencetuskan ribut di daerah Dungun, Kemaman serta Kuantan, Lepar dan Pekan, Pahang seperti ditularkan di media sosial.
Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, negara diramal tidak akan menerima tempias secara langsung taufan Trami ekoran kedudukannya yang agak jauh.
“Berdasarkan laporan Agensi Meteorologi Jepun, taufan Trami agak jauh dengan kawasan kita.
“Taufan itu juga dijangka mendarat ke Vietnam selepas melanda Filipina,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Terdahulu tular dakwaan di media sosial kononnya kawasan dari Paka, Dungun hingga Pekan berisiko dilanda ribut bermula pukul 2 petang esok.
Dakwaan itu menggempar dan mencetus kebimbangan netizen terutama penduduk setempat sehingga mendapat teguran Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman.
Begitupun, Jing Xiang tidak menolak kemungkinan taufan terbabit boleh meningkatkan potensi hujan terutama di wilayah Pantai Timur.
Jelas beliau, ia disebabkan fenomena taufan yang bertekanan rendah berpotensi menyedut kelembapan-kelembapan atmosfera kepadanya.
“Hujan berpotensi berlaku sekiranya kelembapan-kelembapan ini melalui kawasan atmosfera (negara) kita.
“Apapun sebenarnya kejadian hujan pada waktu petang dan malam di Pantai Timur ketika adalah normal memandangkan kita sedang berada pada tempoh peralihan monsun,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
get ready je la hujung tahun gini, memang musim banjir
sediakan payung sebelum hujan, sediakan bot sebelum banjir
viva tu tukar hilux, boleh jadi abam hilux bawak bot pulak lepas ni. haa gituuu |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi tadi iols tengok kat metmalaysia belah2 kerian dan kuala kangsar sinun dilanda cuaca panas tahap berjaga2. Ada setengah tempat lain pulak sampai hujan berturut2. Aiols kat perlis sini pun terasa macam dok musim kemarau pun ada, dengan panas terik dan berangin kuat. Abeh daun2 gugur padahal baru jek pagi tadi menyapu2 depan umah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus juga klau kecoh kat socmed walau gempak je lebih..at least org ramai akan cakna akan risiko yang mungkin berlaku so boleh la prepare apa yg patut |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan ni and next month ofis aku kosong mostly going for autumn holiday... berturut2 take turn amek long holiday |
|
|
|
|
|
|
| |
|