CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25629|Reply: 2

[Tempatan] Siti Kasim cabar PAS - Ulang dakwaan di luar Dewan Rakyat

[Copy link]
Post time 25-10-2024 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Siti Kasim cabar PAS - Ulang dakwaan di luar Dewan Rakyat

https://www.malaysiakini.com/news/723875

Diterbitkan:  Oct 25, 2024 10:32 AM
Dikemaskini: 10:32 AM



Peguam Siti Kasim mencabar seorang ahli parlimen PAS supaya mengulangi dakwaannya bahawa dia menghina Islam dalam beberapa isu di luar Dewan Rakyat.

Melalui Instagram, Siti berkata dia akan mengheret ahli Parlimen Jerlun Abd Ghani Ahmad ke mahkamah jika dia berani menyahut cabarannya.

"Bercakap di Dewan Rakyat, kamu berani kerana kamu  tahu saya tidak boleh saman kamu. Itulah masalahnya - kamu pengecut.

"Bila dan di mana saya pernah hina Islam? Buktikan  kepada saya. Saya pernah saman seseorang sebelum ini dan menang kerana tiada bukti yang saya menghina Islam," katanya.


Jerlun Abd Ghani Ahmad

Pada Rabu, Abd Ghani dilaporkan mempersoalkan rancangan kerajaan untuk membendung umat Islam "liberal" seperti Siti, yang dituduhnya menghina Islam secara terbuka.

Dia juga dipetik sebagai menuduh umat Islam liberal menolak pandangan mufti dan alim ulama dalam pelbagai isu, dengan mendakwa mereka melabelkannya sebagai ketinggalan zaman dan berfikiran tertutup minda.

Sebagai jawapan, Siti mempersoalkan jika Abd Ghani memahami konsep liberalisme, sambil menunjukkan bahawa ia bukan agama tetapi falsafah politik dan moral.

“Awak pun tahu ni? Liberalisme ialah falsafah berdasarkan hak individu: kebebasan, persetujuan pihak yang ditadbir, kesaksamaan politik, hak milik persendirian, dan kesaksamaan mengikut undang-undang. Itulah yang sebenarnya makna liberal.

“Awak faham tak? Jika tidak, maka jangan bercakap. Awak mungkin perlu kembali ke sekolah dan belajar al-Quran dahulu, supaya boleh menghormati agama lain dan mereka yang berbeza pendapat,” tambahnya.



Siti juga mencadangkan ahli Parlimen menghadiri kelas Perlembagaan Persekutuan dan menegaskan bahawa perkataan "liberal" termaktub dalam Rukun Negara.

"Jika awak tidak boleh menghormati orang lain, tidak mengapa. Tetapi jangan gunakan kedudukan awak di Parlimen untuk mengkritik golongan liberal atau sesiapa sahaja yang tidak berkongsi pandangan awak.

“Jadilah seorang Islam yang sejati. Jika tidak boleh, maka diam dan tutup mulut awak,” katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 10:41 AM | Show all posts
Muka acik ni makin lama semakin menakutkan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan team SK...tapi apa yg dia ckp tu mmg betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.100024 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list