View: 52195|Reply: 17
|
“Sekarang ini saya pergi mana-mana, semua orang panggil saya tauke kambing" - Fattah Amin
[Copy link]
|
|
Muncul buat kali kedua dalam siaran langsung produk kambing perap, pelakon Fattah Amin tidak kisah apabila ada pihak yang menggelarnya sebagai tauke kambing.
Kata pemilik nama penuh Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, bukan sahaja gelaran, ada juga yang menyangka dia kini sudah bekerja sepenuh masa sebagai usahawan kambing perap.
“Sekarang ini saya pergi mana-mana, semua orang panggil saya tauke kambing. Mereka siap tanya malam ini saya tak jual kambing ke (dalam TikTok).
“Mereka puji sebab jual kambing perap laku.
“Sehingga hari ini, saya pergi mana-mana, orang ingat saya kini jual kambing perap sepenuh masa,” katanya dalam siaran langsung TikTok hari ini.
Dia bagaimanapun enggan mengambil pusing dengan tanggapan orang ramai malah menegaskan menjual kambing perap adalah satu kerja yang halal.
“Tapi saya tak kisah. Asalkan saya cari rezeki yang halal.
“Jangan kisah apa yang orang fikir. Kena jual kambing, lembu atau ayam, tak mengapa, asalkan penting saya cari rezeki,” ujarnya.
Dalam pada itu, bintang filem Mat Kilau itu memberitahu tugasnya dalam siaran langsung hanya untuk membantu menaikkan jumlah jualan bisnes kambing perap tersebut.
“Saya pun tidak tahu bila akan muncul dalam siaran langsung lagi. Mereka jemput saya untuk naikkan jumlah jualan.
“Kalau stok tak habis, mungkin tak akan panggil lagi dan mungkin sampai di sini sahaja,” katanya lagi.
Fattah juga memberitahu dia enggan muncul terlalu kerap dalam siaran langsung tersebut kerana risau orang ramai bosan.
“Ini adalah sesi siaran langsung terakhir saya. Saya takut anda bosan tengok saya ‘live’ kerap sangat.
“Nanti ada pula yang kata, ‘tak payah la tengok lagi, asyik-asyik Fattah je,” tuturnya.
Difahamkan, identiti pemilik jenama kambung perap tersebut iaitu Pak Mat juga akan didedahkan pada malam ini.
Hari ini, siaran langsung tersebut mencatat 76,000 jumlah tontonan dan 18 juta tanda suka.
Menerusi siaran langsung pertama pada 17 Oktober lalu, mereka berjaya meraih 100,000 tontonan dan 44 juta tanda suka.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Memanchor bersinor muka duda hot ni. Filter ke ori nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Miss_LoveLeen: Memanchor bersinor muka duda h ...
Sekilas pandang dh tahu filter chuols. Gigi putih sepuk mcm pakai venerr |
|
|
|
|
|
|
|
Knp bintang filem mat kilau knp xtulis bintang filem Awang..lols wartawannya pun xbuat research ke...btw regsa betul kat mana2 tiktok filter muka da mcm rupa alien |
|
|
|
|
|
|
|
Jual muka..hiburkan acik2 tiktok keledek. Dapat kaup pulohan ribu ringgit. Syabbasss...
Kalau sales drop tak di jemput lagi. Apa lagi ayohh beli jgn tak beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa live tt dgn ex-wife mencari rezeki xde pulak extrovert mcm ni...chighitttt! |
|
|
|
|
|
|
|
Bakal icon Jutawan Malaysia...xlama lagi boleh jadi Menteri Perdagangan Malaysia. Haibat yahamat |
|
|
|
|
|
|
|
oppps! salah masuk. ni benang acik3 tersakiti
TT oiiii lenkali letak kat title thread ni utk pengikut bani janda |
|
|
|
|
|
|
|
OyaTonggek replied at 26-10-2024 01:49 AM
Masa live tt dgn ex-wife mencari rezeki xde pulak extrovert mcm ni...chighitttt!
Kannnn malu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni cuba buat life jual ikan segar sekinchan pulak. Dah ada kelebihan boleh tarik crowd tu elok la guna betul² cari rezeki halal. Duduk diam peram pun makin hilang potensi. Rupa pun bkn selamanya kekal. Tak payah terjebak dgn gaya hidup old money. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap semalam last bamtah job dengan pakmat.
Tak nak la tengok bamtah terlompat lompat dengan ica una tu..dah mcm bukan bapak org dah. Lagi satu tak suka tgk bamtah rapat rapat muka kt screen sambil pujuk customer guna ayat selesa tak selesa tak saya dekat dekat muka kat screen ni tidakk bamtah. Jangan buat camtu lagi, rasa cringe bamtah bukan merqeen atau amir ahnaf tau. Bamtah tu bapak budak dah. Muka henseng elok sgt dah tu, tak payah lagi promote camtu..sorry bamtah. Jaga level bamtah as daddy nyamma tau |
|
|
|
|
|
|
|
Pedulik hapa orang kata. Sauk je selagi keledek2 suka.. Nanti bila keledek2 dah xsuka, ko dah kaya raya.. Hari2 boleh bagi duit raya.. |
|
|
|
|
|
|
|
kurungpahang replied at 26-10-2024 04:26 AM
Harap semalam last bamtah job dengan pakmat.
Tak nak la tengok bamtah terlompat lompat dengan ica un ...
That's the real Fattah. Kasik chan la fefeling gatal merenyam duda terhot pasaran. Baru lepas bebas kan. |
|
|
|
|
|
|
|
masa dgn ex dulu malu2 nk masuk live ex...skrg ni blh pulak terkinja2...itu yg acik2 keledek nak... |
|
|
|
|
|
|
|
dapat pulohan ribu ringgit ok!! acik2 keledek tiktok terhibur....Semua dah block calendar ,Jumaat at 8pm. Riang ria bersama Fattah. hastag Fattah milik kami.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|