CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 95139|Reply: 66

Papar Saman PDRM Di Papan Tanda LED, Rakyat Singapura Tak Puas Hati Malaysia Buat Sistem VEP?

[Copy link]
Post time 26-10-2024 07:34 AM | Show all posts |Read mode





Sekadar info buat orang ramai, kerajaan telah mewajibkan mana-mana kenderaan asing dari Singapura untuk mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP) sejak 1 Oktober lalu.


Peraturan tersebut dilaksanakan bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi segala peraturan jalan ketika berada di Malaysia.


Difahamkan melalui penjelasan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, undang-undang tersebut dilaksanakan di dua pintu masuk kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin (CIQ) di Johor iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura.


Dalam hantaran tular yang dimuat naik di Facebook, baru-baru ini, dapat dilihat cara tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) VEP yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berfungsi.


Hantaran tersebut memaparkan sebuah kenderaan dikenakan denda dan rekod saman dari PDRM dipaparkan di papan tanda LED.


Biarpun ada yang menyambut baik pelaksanaan yang dibuat oleh kerajaan itu, tetapi ada juga sesetengah rakyat Singapura yang meluahkan rasa kesal dan berpendapat ia menyusahkan mereka untuk masuk ke Malaysia.


Bahkan ada yang bersuara dengan menyatakan bilangan warga jiran yang akan berkurangan datang ke Malaysia jika sistem ini diteruskan.







Sebelum ini dilaporkan sebanyak RM3.5 juta saman trafik yang tertunggak daripada warga Singapura ketika berada di Malaysia.


SUMBER :  Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2024 09:28 AM | Show all posts
summon detector dkt sg untuk malaysian car tu betul ke? konon dah lebih 10 tahun.. ade sesiapa geng runsgd boleh confirmkan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 09:59 AM | Show all posts
bawak macam pelesit kerasukan, takde adab

selain papar saman, papar sekali muka pemegang lesen, boleh la weols tengok si bodoh mana bawak kereta persis setan tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok le buat..
Kau tak mau masuk pung orang mesia tak hadap lah...
Ramai.lagi.pemandu mcm.korang kat mesia ni.kitorang nak hadap...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tehtapppp jua korg beramai2 masuk

Cheap cheap cheap
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 11:22 AM | Show all posts
dalm negara sendiri  botak pernah complain ,kat negara orang bukan main kuat complain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut dr dulu buat camtu.
Sekat rakyat singapore dr masuk ke msia jika saman tk
dibayar
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 12:37 PM | Show all posts
Bahkan ada yang bersuara dengan menyatakan bilangan warga jiran yang akan berkurangan datang ke Malaysia jika sistem ini diteruskan.


Hangpa nak pi mana je pun kalau tak ke seberang tambak. Patut 20 tahun lepas lagi buat macam ni. Warga Malaysia nak pi Thai, kena bayar RM2 kat sempadan. Ni Thailand pun dah mula nak kenakan tax RM39 sorang yg masuk sana, bermula dengan air travel. Tak lama lagi darat dan laut pulak kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2024 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahhhh..negara org punya law kau pulak yg tak puas hati...nk mrentan buat kat negara sendiri la...tu pun kalau berani n ada telo. Btw smpi rakyat negara jiran pun berani komplen pasal undang2 negara kita...nmpk sgt org luar mmg tak respect negara ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 12:39 PM | Show all posts
ugut kita macam kita hadap  sangat dengan dorang
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
RosieRosie replied at 26-10-2024 11:10 AM
Tehtapppp jua korg beramai2 masuk

Cheap cheap cheap

Betul. Xperlu takut la dgn warga sg. diaorang ugut je. Kemana lg diaorang nk pegi? Dah la negara kita 20x lg best, lg besar, 3x cheaper, maknan jauh lg sedap. Mmg diaorang ttp hadap mcm mana rakyat kita hadap thailand walaupon sekutu zionis
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa malaysia nk kena fikir hang suka ka dak? Haha..kalau xnak dtg ok aja. Dok melangut jelah dlm hdb tu time weekend.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 12:59 PM | Show all posts
Buat malu aje rakyat negara maju komplen macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 01:27 PM | Show all posts
Hat warga depa pandu kenderaan supa babi menonong kat lebuh raya, henjut keta isi minyak subsidi Msia seolah esok nak PKP tu... ingat warga lokal suka kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegi mati lah kalau tak puas hati *rolleyes*
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
So what? Ini undang2 malaysia. Xreti nak byr saman sapa suruh, yg reti perangai mcm bbbb je kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2024 03:14 PM | Show all posts
Malaysia ni baik sangat. patutnya kenakan saman kat dorang bersamaan dgn SGD. pastu kalau tak bayar, jangan bagi lepas tambak balik ke SG. setakat kena saman dlm RM tu dia gelak2 je. kalau kita kena RM300, dorang kena triple sbb currency dorang kan kuat, bangga kemain walaupun nak makan kena beli kat sini sbb murah.

nak balik, ha swipe la kad kredit ke, nak suh sedara mara transfer duit terus bayar kat checkpoint nak berambus balik SG tu, baru bagi balik.

kalau buat camni, barulah reti nak hormat undang-undang negara kita.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 03:36 PM | Show all posts
Moralnya...dah buat salah, sila bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 03:58 PM | Show all posts
makciktijah replied at 26-10-2024 03:14 PM
Malaysia ni baik sangat. patutnya kenakan saman kat dorang bersamaan dgn SGD. pastu kalau tak bayar, ...

sangat setuju. tak aci lah rate sama dengan marhein.
selain tu saman pun patutnya kena ada rate berbeza untuk foreigner & takde diskaun2. kena bayar full baru boleh lepas.
kalau perkhidmatan lain gomen boleh impose takkan untuk saman ni tak boleh nak impose.
baru lah behave sikit bila drive dekat Malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya kita yg slow. Dah lama terfikir apesal Malaysia tak buat. Dari dulu kalau nak masuk singapore mesti kena remind psl hadlaju. Tak bayar saman tak blh keluar singapore katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.250502 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list