CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47347|Reply: 0

[Tempatan] ‘Kamu telefon 3 pagi saya turun’, Zahid Hamidi ingatkan Lim Guan Eng

[Copy link]
Post time 28-10-2024 10:43 PM | Show all posts |Read mode
‘Kamu telefon 3 pagi saya turun’, Zahid ingatkan Guan Eng

https://www.freemalaysiatoday.co ... -ingatkan-guan-eng/

Chia Wan Rou
28 Oct 2024, 06:51 PM


Zahid Hamidi mengingatkan Lim Guan Eng ‘jangan menuduh sana-sini’.

Presiden Umno Zahid Hamidi minta Lim Guan Eng tidak lupa jasa partinya terhadap Pulau Pinang.

PUTRAJAYA: Zahid Hamidi meminta bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak membuat tuduhan melulu yang menafikan jasa Umno terhadap negeri itu suatu ketika dahulu.

Presiden Umno berkata demikian mengulas dakwaan Lim yang menteri daripada parti tersebut ‘kurang membantu’ di Pulau Pinang khususnya Parlimen Bagan iaitu kawasan diwakili pengerusi DAP itu.

“Kena berjumpa beliau (Lim). Waktu beliau menjadi ketua menteri (Pulau Pinang) menelefon saya pada jam 3 pagi dan saya terus turun dari Sarawak ke sana untuk membantunya.

“Jangan bila tiada dalam kerajaan tuduh sana-sini,” kata timbalan perdana menteri selepas melancarkan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia Madani.

Zahid bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai tarikh panggilan Lim atau jenis bantuan yang dimintanya.

Lim sebelum ini dilaporkan meminta bantuan kerajaan persekutuan apabila Pulau Pinang mengalami banjir besar pada November 2017.

FMT telah menghubungi Lim untuk mendapatkan komen.
Dalam perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat Selasa lalu, Lim berterima kasih kepada barisan menteri kerajaan perpaduan yang membantu Pulau Pinang dan kawasan Parlimennya, namun secara sinis berkata ‘menteri Umno kurang bantu sikit’.

Sementara itu, mengulas kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima baik permohonan maaf Najib Razak berkait skandal 1MDB, Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata seseorang pemimpin harus menerima permohonan maaf sesiapa sahaja,

Beliau berkata, permohonan maaf Najib itu dibuat selepas keterangan diberikan saksi di mahkamah yang membuktikannya diperdaya.

“Perkara ini harus diambil perhatian. Jangan terus prasangka dan melemparkan pelbagai pentafsiran kepada kenyataan (mohon maaf) itu,” katanya.

Minggu lalu, dalam kenyataan dibacakan anaknya Nizar, perdana menteri keenam memohon maaf kepada rakyat dan mengaku beliau amat terluka selepas mengetahui segala kecurangan berlaku dalam 1MDB ketika berada bawah pengawasannya.

Najib juga kekal menyatakan beliau tidak bersalah, sebaliknya menyalahkan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.128396 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list