CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6194|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak perlukan RM6.30 bilion untuk bina 1,800 menara atau struktur telekomunikasi

[Copy link]
Post time 30-10-2024 09:51 PM | Show all posts |Read mode


Uggah berbincang bersama Rafizi pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bersama kerajaan Sarawak di sini hari ini.-Gambar BERNAMA

KUCHING: Kerajaan persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan RM6.30 bilion kepada Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Peruntukan itu kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membina 1,800 menara atau struktur telekomunikasi bagi mencapai liputan Internet sepenuhnya di Sarawak.

“Bagi menjadikan Sarawak sebagai hab digital di rantau ini, infrastruktur telekomunikasi dan Internet perlu diperhebatkan.

“Penggunaan teknologi baharu selain selular dan satelit untuk meningkatkan liputan broadband di Sarawak.

“Pelaksanaan gentian optik utama berkelajuan tinggi yang menghubungkan Sarawak dengan negara/negeri jiran,” katanya.

Tambah Abang Johari ia juga dapat menggalakkan pembinaan pusat data hiperskala di Sarawak.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas sempena Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) anjuran Kementerian Ekonomi yang dihadiri Menterinya Rafizi Ramli di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, untuk memperkasakan lagi pertanian komersial negeri ini, Kerajaan Sarawak berhasrat menjadi pengeksport bersih makanan menjelang 2030 dan memastikan keterjaminan makanan tercapai.

Katanya Sarawak merancang membangunkan lebih 20,000 hektar untuk tanaman padi berskala besar di Lundu, Simunjan, Gedong, Sri Aman, Spaoh, Limbang dan Lawas.

Katanya usaha itu perlu disokong oleh infrastruktur pengairan dan saliran yang sistematik, penggunaan jentera moden dan aplikasi pertanian pintar.

“Untuk itu, Kerajaan Sarawak akan membangunkan kawasan jelapang padi dengan anggaran kos RM1 bilion yang akan ditanggung Kerajaan Sarawak sebanyak RM500 juta dan kita berharap baki sebanyak RM500 juta akan ditanggung oleh kerajaan persekutuan,” ujarnya.

Sementara itu beliau berkata, Kerajaan Sarawak berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana meluluskan peruntukan berjumlah RM500 juta untuk pembangunan sempadan Sarawak – Kalimantan, Indonesia.

“Kita berharap kesemua peruntukan ini dapat disalurkan untuk pelaksanaan projek naik taraf pos-pos keselamatan dan kawalan di sempadan serta infrastruktur berkaitan.

“Kerajaan Sarawak juga telah merancang pembinaan Jalan Sempadan dan Jalan Feeder bagi menyediakan ketersambungan kepada ICQS, pos kawalan keselamatan dan penempatan di sempadan ke jaringan jalan raya utama seperti Pan Borneo Highway, Second Trunk Road dan Coastal Highway,” tegasnya.

Beliau memaklumkan pembinaan Jalan Sempadan dan Jalan Feeder melibatkan 1,487km dengan anggaran kos RM38 billion.

Abang Johari berharap berharap kerajaan persekutuan akan mempertimbangkan pembinaan Jalan Sempadan dan Jalan Feeder ini untuk memastikan kedaulatan negara dijaga sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan sempadan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.083324 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list