View: 25062|Reply: 20
|
'Tsunami pun dua kali berlaku, inikan ombak cinta' - Farid Kamil
[Copy link]
|
|
KUANG: Pelakon Farid Kamil, 43, menyifatkan kemelut rumah tangganya bersama isterinya, Diana Danielle hanya sekadar perselisihan faham kecil.
Farid berkata, apa yang berlaku antara mereka adalah perkara biasa yang dilalui oleh pasangan suami isteri lain.
"Alhamdulillah, saya dapat perkhabaran (keputusan bercerai) dengan baik dan saya masih sayangkan isteri dan anak-anak. Jadi, bagi saya, ini adalah isu biasa dalam rumah tangga.
"Apa yang penting sekarang ini mahu fokus pada penggambaran filem Bisikan Dosa.
"Saya akui fokus saya terganggu, tapi apa yang saya boleh jelaskan, ada berlaku perselisihan faham sedikit dan perkara ini berlaku pada bulan mengambang.
"Tapi, saya ambil perkara ini sebagai perkara positif. Biasalah, tsunami pun dua kali berlaku, inikan ombak cinta dalam perkahwinan," katanya kepada BH Online ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Bisikan Dosa, di Kuang, malam ini.
Farid berkata, dia menerima dengan baik keputusan Diana untuk memfailkan perceraian dan bersedia memberikan komitmen pada prosedur perceraian berkenaan.
"Kali ini saya lebih bersedia. Saya anggap ini takdir Tuhan dan qada serta qadar. Masalah perkahwinan saya sama dengan perkahwinan sesiapa di Malaysia ini, tapi bezanya mereka tak ditemubual begini," katanya.
Dalam pada itu, Farid mengakui, dia dan Diana masih lagi berhubung dan tinggal sebumbung.
"Kami baru bercakap di telefon dan berhubung semalam. Cuma malam saya tidur di lokasi penggambaran sebab shooting sampai pagi," katanya.
Bertanya mengenai anak-anak, Farid berkata, anak-anaknya tidak mengetahui mengenai apa yang berlaku antaranya dan Diana.
"Untuk apa mereka tahu? Anak-anak saya tak baca benda gosip semua ini," katanya.
Nama Farid kembali menjadi sebutan selepas Diana mengumumkan mahu memfailkan perceraian buat kali kedua, Isnin lalu.
Difahamkan, Farid berada di lokasi penggambaran filem ketika Diana meluahkan hasrat menerusi satu hantaran dalam media sosial.
Pada 10 Mac tahun lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson pernah memfailkan permohonan cerai di mahkamah yang sama iaitu Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu. Namun, mereka rujuk sebulan kemudian.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Kan acik parid dah pernah kabor bininya mmg mintak serai setiap tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak berhenti mengacip mmg susahlah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaaha lawak la dia ni. Benda berlaku waktu bulan mengambang katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Punya la rilek heols menjawab. Tak kalut lansung kau ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm saiko pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Tau la fk handle lebih 10tahun dia sebantal dd. Sherai ke uturn ke kita makan popcorn jelah koser nak ulas hal rumahtangga retis |
|
|
|
|
|
|
|
Dh msk sgt kot ngn pangai bini nye yg slalu ugut mintak cerai kot |
|
|
|
|
|
|
|
mmg la bini mintak cerai tiap tahun dh ko pun mcm2 hal, dgn kes kacip, kes lempang polis, kes datok kena tarik, eh mcm2 la.. sape jer tak mental dapat laki macam kau!!! yg sihat pun bleh jadik sakit, dh ko punya perangai buat dia sakit.. baik la ko cerai diana oiii, laki ko punca ko sakit |
|
|
|
|
|
|
|
dua dua sakit mental. Ni Dd badan dah naik fk dah izinkan makan nasi ke macam mana ?
dulu kemain kontrol pemakanan bini |
|
|
|
|
|
|
|
cha-cha replied at 31-10-2024 12:59 AM
Mcm saiko pulak
Kannn |
|
|
|
|
|
|
|
Yakin ke sorg je yang mengacip?
Yg berat badan dipump2 tu xde kaitan lgsg?
Wah wah wahh..hebatnya kamuuuu bertahan |
|
|
|
|
|
|
|
cha-cha replied at 31-10-2024 12:59 AM
Mcm saiko pulak
Kat page media hiburan tu rata2 netizen baik lelaki dan perempuan pun komen ckp camni. Akak tak tgk video dia berckp tu tp memasing kata gaya dia bercakap mcm menakutkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 31-10-2024 06:11 AM
mmg la bini mintak cerai tiap tahun dh ko pun mcm2 hal, dgn kes kacip, kes lempang polis, kes datok ...
Akak sampai skrg tak paham knp dia dulu tiba2 lempang polis tu
Masa tu tgh tak betul ke apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik2kepam replied at 31-10-2024 09:16 AM
Akak sampai skrg tak paham knp dia dulu tiba2 lempang polis tu
Masa tu tgh tak betul ke apa?
mesti la tgh ting tong, mana ada orang sober tetiba nk lempang polis kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org klau brdadah mmg cmtu, sntiasa high. Nnti bila x dpt dadah, mngamuk
|
|
|
|
|
|
|
|
Jauhkn diri dri org yg mkn dadah, dunia & akhirat
|
|
|
|
|
|
|
|
Org tngh high brdadah mmg x sedar diri, nnti bila effect dadah dh hilang & jdi normal blik, start kluar blik prangai pmarah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikon Suami Thorbaik Acik Keladi |
|
|
|
|
|
|
|
Masih tingtong ke FK sebab selalu jumpa dia bersukan sekarang dan badan pun mengomok je..Jumpa masa main badminton pun nampak dia gemuk and happy happy je dgn kengkawan dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|