CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30674|Reply: 0

[Sarawak] Vandalisme harus ditangani dari rumah: Dr Rundi

[Copy link]
Post time 30-10-2024 10:50 PM | Show all posts |Read mode


Dr Rundi (tengah) merakam gambar bersama tetamu kehormat dan hadirin pada pelancaran Program Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak 2024 di Auditorium BDA Wisma Bintulu, hari ini.

BINTULU: Masalah vandalisme yang berlaku sejak sekian lama harus ditangani dari rumah dan bukannya hanya bergantung kepada pendidikan sivik yang diajar di sekolah semata-mata, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena berkata, vandalisme seharusnya ditangani dari rumah yang mana ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting mendidik anak mereka.

"Ia merupakan satu pendekatan yang bijak dan berkesan kerana ibu bapa merupakan model terbaik bagi anak-anak mereka terutama menyuntik disiplin kepada setiap anak mereka," jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pelancaran Program Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak 2024 di Auditorium BDA Wisma Bintulu, hari ini.

Katanya, nilai integriti memainkan peranan penting bagi diajarkan kepada anak-anak supaya supaya mereka menyedari akan kepentingan nilai-nilai murni dipraktikkan dalan kehidupan seharian.

"Justeru, pendidikan dari rumah jauh lebih berkesan berbanding pendidikan disiplin dan kesedaran sivik yang diajarkan di sekolah kerana ibu bapa tetap memainkan peranan dalam mendidik anak masing-masing," ujarnya.

Jelasnya, pendidikan pada masa sekarang sudah jauh berubah yang mana profesion perguruan semakin mencabar dan memerlukan pendekatan relevan bagi menangani masalan vandalisme.

Apa yang penting tegasnya, para ibu bapa dan pihak sekolah harus bergerak seiringan bagi menyedarkan anak mereka berhubung kesalahan vandalisme yang berlaku sama ada di rumah, sekolah mahupun di kawasan sekitar mereka.

"Berbalik kepada apa yang saya tegaskan dari mula tadi, ibu bapa merupakan ikon terbaik kepada anak-anak mereka yang mana didikan yang betul berkaitan vandalisme akan membendung penularan gejala vandalisme dari akar umbi," tegasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.503859 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list