View: 42288|Reply: 0
|
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim Hui Ying
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar dan berunsur fitnah.
Beliau berkata tindakan pantas perlu diambil untuk menghalang penyebaran berita palsu itu daripada mencetuskan isu sensitif berkaitan agama, kaum, dan raja (3R).
Justeru, Hui Ying berkata laporan polis telah dibuat Pegawai Tugas-Tugas Khas bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja memanipulasi maklumat untuk menyemarakkan ketegangan antara kaum.
"englibatan polis amat penting dalam memastikan berita palsu ini dihentikan segera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hui Ying berkata beliau sekali lagi menegaskan penjelasan dalam Dewan Rakyat pada 28 Oktober lalu bahawa Akaun Sejahtera KWSP boleh digunakan oleh bakal jemaah haji yang berusia di bawah 55 tahun, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Beliau berkata prosedur itu telah kekal sejak diperkenalkan pada 2013 tanpa mengira siapa yang memegang tampuk pemerintahan.
Hui Ying turut menggesa semua pihak termasuk pengguna media sosial, media massa dan pihak berkuasa agar berganding bahu untuk membendung penyebaran berita tidak benar yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian. – BERNAMA
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
| |
|