CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41616|Reply: 0

[Dunia] Turkiye lancar hab gas antarabangsa 2025 - Menteri

[Copy link]
Post time 1-11-2024 07:10 PM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2024/11/1318620/turkiye-lancar-hab-gas-antarabangsa-2025-menteri

ISTANBUL: Turkiye merancang melancarkan hab gas antarabangsa pada 2025 dengan kerjasama Gazprom Russia, kata Menteri Tenaga Turkiye, Alparslan Bayraktar.
"Kami telah menyediakan infrastruktur kukuh untuk melancarkan operasi platform perdagangan dalam Pusat Kewangan Istanbul pada 2025 di bawah kerjasama Botas–Gazprom," katanya kepada akhbar Turkiye, Milliyet.
Beliau turut memaklumkan bahawa harga gas akan ditentukan berdasarkan indeks gas Istanbul.
Turkiye juga berharap memperoleh diskaun istimewa apabila kontrak semasa tamat pada 2025.

Menurut Bayraktar, meskipun Ukraine tidak melanjutkan kontrak transit gas Russia, bekalan tidak akan terjejas walaupun terdapat kemungkinan kenaikan harga gas.
Minggu lalu, Presiden Russia Vladimir Putin, berkata semasa pertemuan bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di luar sidang kemuncak BRICS di Kazan, Russia, menyatakan kedua-dua negara terus bekerjasama untuk merealisasikan hab gas, dan Russia kekal sebagai pembekal gas yang boleh dipercayai kepada Turkiye.

Turkiye menjangkakan hab gas berkenaan akan membantu negara itu menjadi pusat strategik penetapan harga gas di rantau terbabit serta meningkatkan import gas daripada 50 bilion meter padu kepada 70 hingga 80 bilion meter padu.
Projek hab gas ini mula dibincangkan pada Oktober 2022, apabila Putin mencadangkan untuk mengalihkan transit gas daripada saluran paip Nord Stream yang rosak akibat letupan ke Turkiye.
Pada Julai lalu, Bayraktar menjelaskan bahawa Turkiye hampir merealisasikan projek itu dan memiliki infrastruktur yang diperlukan.

Foto hiasan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.430533 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list