CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44309|Reply: 0

[Tempatan] 11 rakyat Malaysia terjebak sindiket tipu kerja Kemboja dibawa pulang

[Copy link]
Post time 1-11-2024 07:45 PM | Show all posts |Read mode
https://www.utusan.com.my/nasional/2024/11/11-rakyat-malaysia-terjebak-sindiket-tipu-kerja-kemboja-dibawa-pulang/

PUTRAJAYA: Seramai 11 warganegara Malaysia yang menjadi sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Sihanoukville, Kemboja berjaya dibawa pulang ke tanah air.
Penghantaran itu dilaksanakan Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh.
Menurut  Wisma Putra, salah seorang daripada mereka telah pulang ke Malaysia pada 25 Oktober lalu, manakala baki 10 orang lagi dijadualkan tiba di negara ini pada hari ini.
“Kementerian merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Kemboja atas kerjasama dan bantuan mereka dalam menyelamatkan dan memfasilitasi kepulangan mangsa ke Malaysia.
“Kementerian meningkatkan usaha untuk menangani isu warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, warganegara Malaysia yang berminat mencari pekerjaan di luar negara diingatkan agar berhati-hati dan memastikan kesahihan pekerjaan yang ditawarkan.

Katanya, warganegara Malaysia juga dinasihatkan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan imigresen semasa berada di luar negara. – UTUSAN

Gambar hiasan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.124930 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list