View: 70537|Reply: 0
|
[Tempatan]
Berita biasa:Jurujual Kongsi Ragam Pelanggan, Gaji Bersih RM1,700 Tapi Nak Beli Honda Civic FL1 Berharga RM163K
[Copy link]
|
|
Pelanggan tersebut turut menyatakan bahawa dia akan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM6,000 dengan tempoh pinjaman selama sembilan tahun bagi pembelian Honda Civic FL1 itu.
Pelanggan Siap Minta Diskaun Sampai RM63K, Nak Beli Kereta Honda Civic FL1
Itulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jurujual kereta import mengenai ragam pelanggannya sendiri.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook Wan M Faris, dia berkongsikan kisahnya terpaksa melayan kerenah pelanggannya yang seorang ini.
Melalui hantaran tersebut, dapat dilihat perbualan WhatsApp pelanggannya yang dipercayai dari Gen Z berminat mahu membeli kereta jenis Honda Civic FL1.
Apa yang menjadi perhatian adalah pelanggan berkenaan dilihat cuba berunding dengan jurujual tersebut dengan minta diskaun yang tidak masuk akal sehingga RM63,000.
Dia mahu membeli kereta berkenaan dengan harga RM100,000 sedangkan kereta Honda Civic FL1 itu dijual pada harga RM163,000.
Malah, pelanggan tersebut turut menyatakan bahawa dia akan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM6,000 dan tempoh pinjaman selama sembilan tahun serta turut menyatakan gaji bersihnya adalah sebanyak RM1,700.
Namun, jurujual tersebut dilihat dengan baik menolak permintaan pelanggannya itu.
Dakwa Peniaga Tolak Rezeki, Siap Tak Nak Recommend Dekat Kawan-Kawan
Walau bagaimanapun, respon pelanggan berkenaan amat mengejutkan. Ini kerana dia dilihat tidak berpuas hati dengan balasan yang diberikan oleh jurujual tersebut.
Malah, dia turut menyatakan kepada jurujual itu bahawa dia telah menolak rezeki dan tidak akan mengesyorkan jurujual berkenaan kepada rakan-rakannya yang lain.
Namun, jurujual itu dilihat kekal tenang dan menerima apa yang dikatakan oleh pelanggannya itu.
Peniaga Jelas Tindakan Tidak Peduli Bukan Sombong, Tetapi Untuk Kebaikan Pelanggannya
Menerusi ruangan kapsyen, jurujual berkenaan meluahkan rasa kecewa dengan sikap pelanggannya itu yang turut meninggalkan komen negatif di hantaran selagi permintaannya tidak dipenuhi.
“Saya jarang nak up conversation (perbualan) dengan customer (pelanggan) ni. Sebab kurang minat untuk expose benda-benda tak bermanfaat. Tapi hari ini rasa hilang pulak sabar dengan gen Z ni.
“Kita run iklan dekat mana-mana pun dia comment benda-benda negatif. Selagi tak dapat harga dia nak, selagi tu la dia ajak kawan-kawan dia comment benda merepek,” tulisnya.
Jurujual berkenaan turut mendedahkan niatnya mengabaikan pelanggan itu bukanlah kerana sombong tetapi untuk kebaikan diri pelanggannnya sendiri.
Malah, dia turut menitipkan nasihat agar pelanggannya itu dapat menguruskan kewangan dengan baik.
“Kadang-kadang kita ignore (tak peduli) sesuatu benda tu bersebab. Bukan sebab kita sombong. Tapi untuk kebaikan diri sendiri
“Pesanan ikhlas dari saya untuk adik-adik gen Z. Selagi belum mampu untuk capai sesuatu teruskan usaha sebaik mungkin. Jangan ajar diri terlalu manja. Uruskan wang anda dengan bijak!” tulisnya lagi. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|