|
Edited by mizzmimi at 2-11-2024 07:45 PM
https://www.bharian.com.my/hibur ... p;utm_campaign=News
KUALA LUMPUR: Vokalis berasal dari Kelantan, Misha Omar dan teman seperjuangan, Idayu hari ini tampil menjelaskan mereka bukanlah penyanyi wanita yang dilapor ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Melalui hantaran Instagram (IG), Misha, 42, menafikan dirinya terbabit dalam kes itu, namun, berterima kasih atas keprihatinan ramai.
"Terima kasih kepada yang hantar dan bertanya kepada saya, sama ada saya okay atau tidak. Ini bukan saya... Jangan risau, okay?" katanya dalam entri berkenaan.
Media melaporkan enam rakyat Malaysia, termasuk seorang artis wanita, ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, awal pagi semalam.
Semua individu berusia antara 25 tahun hingga 32 tahun ditahan jam 6 pagi (waktu Malaysia) di sebuah bilik selepas selesai berhibur. Dalam tangkapan itu, polis Thailand dilapor merampas 6,000 biji pil kuda.
Difahamkan, dua daripada mereka masuk ke Thailand menggunakan pangkalan haram manakala empat lagi masuk menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
Sumber dilapor berkata, semua yang ditahan dikatakan pergi ke hotel berkenaan untuk berhibur sempena cuti umum Deepavali.
Sementara itu, Idayu atau nama penuh, Nur Farah Idayu Yaakob, 39, menafikan dirinya terkait dalam tangkapan itu.
"Ramai betul yang 'tagged' kita. Kes penyanyi wanita asal Kelantan... Kena tahan bersama pil. Bukan saya ya, harap bertenang," katanya. |
|